Tuesday, March 15, 2011

Tips macam mana nak berjaga malam gara gara kena buat esaimen yang kena hantar keesokan harinya



Ini adalah tips yang sangat berguna daripada aku. Jarang jarang aku bagi tips ni. Korang patot rasa bertuah lagi terharu. HAHA. Kalau best sila amalkan, tapi aku rasa MEMANG best pun.kihkihkih. Jom cekidaut!


#1. Yang pertama tama sekali, mestilah niat. Korang dah niat awal awal memang korang nak berjaga tengah malam. Kalau tak ada niat memang tak jalanla, otak tak seiring dengan hati. Bila tak seiring, putus di tengah jalan dan mesej tak sampai. Sebab tu orang kapel selalu putus kot sebab niat hati tak sampai ke otak. kahkahkah. *tiba.


#2. Sediakan muzik atau lagu lagu yang menaikkan kesegaran mata. Korang janganlah layan lagu faizal tahir yang selamat malam tu. Selamat malam sayang, selamat malam kasihhh.. ohhh tidurlahhhh. Peh, tiba dah kuyu mata. heh. Memang sah sah la tak sampai lagu tu abis korang dah bikin peta dekat bantal. ish! Layanlah lagu rock rock sikit. Carik lagu yang musik dia giler giler gedegang punya, bila pakai earphone sampai teleng teleng la kepala korang. Kaki pun bergoyang rasa nak menari. haha. Cariklah sendiri lagu, nak aku bagitahu susahlah. Lagu lagu M. Daud Kilau pun ok gak. zzzzzzzzzzz....


#3. Ajak membe join skali. Yang paling dekat sekali rumet korang. Ajak diorang berjaga sekali, kalau diorang taknak korang offer la nak support makan untuk seminggu dua. Peh, kalo ada kawan camnih, bukan setakat 1 malam aku sanggup bermalam malam pun boleh. HAHA. Tak pun, kalau rumet taknak ajak membe laen, takde hal kalau dia jauh, guna medium YM. Kalau ko rasa dia nak tido ko buzz dia bagi sound yang paling kuat dan nyaring sekali. Konfem terbeliak bijik mata tak jadi tido.


#Gara-gara nak siapkan tesis. Aku jadi macam ni. -_-"


#4. Lagi satu, tak payah la minum kafein kafein ni tak elok pun. Tengok aku, jadikan aku sebagai contoh. cehhh cehh cehhh... poyo giler. Korang ingat aku berjaga malam sebab minum kopi ke? No brader no! Aku memang tak minum. Bab bab kopi ni kureng la. Tak minum kopi pun mata aku kuat lagi nak berjaga. Taw macam mana nak buat? Masa first day tu, tahan la sampai pukul 2. next day pulak, tahan sampai pukul 3 dan seterusnya. dan next day lagi, korang jadi zombie. Korang ni, buat slow slow la, tak payah paksa diri.


* Amaran keras! Korang jangan berjaga malam kalau esoknya nak exam, lagi lagi kalau tak pernah or tak biasa buat. Kang exam yang tengok korang kang. Baru putih mata. Jangan salahkan aku kalau lecturer tanya kenapa, korang salahkan blog aku, popular blog aku nanti. kahkahkah.


Aku dulu pernah minum kopi time exam, pehhhh... memang tintong wa cakap sama lu. Aku bajet nak try la, nak tengok jadi tak, jadi tu memang jadi, tapi time jawab exam tu memang aku lost giler. cis!


#5. Pergi mandi. Seyes ko akan rasa segar giler! Aku kalau serabot serabot tengah buat esaimen ke apa, kadang kadang pukul 12 tu aku redah je pergi mandi sebab aku dah tak tahan sangat. Rasa macam rambut dah ala ala hantu kak limah da. Better aku rapikan rambut, wangi wangikan diri. Baru seronok! Rasa macam banyak giler input masuk dalam kepala.


Aku rasa macam banyak lagi je, tapi cukup ni jela, kang banyak sangat kang ada orang nak amik aku jadi pakar motivasi kang. Boleh keluar 1 buku. Kaya mok cik. lalalalaalalalala~


Peh, aku tak sangka boleh hasilkan tips yang sangat berguna macam ni. Rasa macam nak nangis! HAHA. Cepatlah bagi award kat aku. Aku rasa macam boleh dapat anugerah je. kahkahkah


*Korang tahu tak harini aku dapat 3 esaimen sekaligus. peh! peh! peh! Tesis pun tak anta lagi, tiba tiba dapat esaimen pulak. Dah lah due date lebih kurang sama. Ingat aku ni robot ke? waaaaaaaaaaaaa... benci ahhh benci!! *EMO*




2 comments:

ee said...

cayalah tha...! betul3.. yg penting kena ada niat.. penting uh.. niat 2 la yg mampu wat kita gigih sepanjang mlm 2..

stuju jugak part yang jgn wat ni time exam kalo xbese.. kalo korang2 cube besekan diri tdo lwt @ try bgn awal pg, gua kasi gerenti pah sebulan korang amalkan, korg xkan rasa tintong.. huhu

erk.. gua? betul ke ak ckp gua? haha.. sendiri terkejut..
pepun all the best tha!

t-ha said...

waaaa... ee da brader skg.. hihihi
xpe ee skali skala.. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...