Saturday, March 5, 2011

Cepat betol mood berubah



Aku nak cerita ni, meh la dengar. Taknak dengar pun bacalah, dah alang alang bukak blog aku, bacala weyh, setakat bukak blog tengok tuan blog comel ke tak, tak comel terus tekan pangkah. cis! 


Aku ada satu tabiat. Mood berubah rubah tu tabiat ke? Ahhh, belasah! Aku sorang je ke ada tabiat macam ni, ke korang ada jugak. 


Kadang kadang bila aku rasa gembira, ada pulak yang buat aku sedih. Ni yang part aku paling tak suka ni, bagilah aku happy sekejap, ni tak sampai setengah hari, aku dah sedih. Terima kasihlah kepada awak awak yang telah membuat saya sedih. 


Kadang kadang aku rasa macam nak diet, tapi bila dah tengok makanan. Peh!!! Tak tahan gwa beb! Rasa macam nak beli SEMUA. Adoi! Cane nak lawan nafsu makan?


Kadang kadang bila aku rasa macam nak marah orang, tiba tiba tak jadi. Kadang kadang orang yang buat aku marah tu buat aku rasa happy, tu lah orang cakap, air dicincang tak akan putus, asallah buat peribahasa guna air, gunalah ikan ke ayam ke, kan putus tu kalau cincang. ish!


Kadang kadang bila aku rasa sedih, rasa macam useless giler, tiba tiba rasa gembira bukan kepalang. Terima kasih kepada mereka yang telah membuat saya gembira. Jasa anda dikenang! Pandai u buat i gembira. Meh meh i belanja roti canai.


Kadang kadang rasa macam nak beli je barang tu, usha bukan main lagi, las las tak jadi. HAHA. Kesian tuan kedai. Sape suh bisnes, aku tak suruh pun, sape suruh layan aku, aku tak suruh pun. kahkahkah. Terima kasih kepada awak awak yang meneman saya di sisi padahal saya tahu awak bosan sebab awak pun tahu saya takkan beli. Dah awak tahu, sape suruh tak halang. Ni ikut serta lagi, lagila aku teruja.



Kadang kadang aku rasa aku comel. Kadang kadang aku rasa aku LAGILAH comel! lalalalalalalalalalalalalalalalalala~


Kadang kadang aku rasa macam nak jadi artis. Kadang kadang, tak jadilahhhh. ahahaahahahahahahaaa



Aku tengah eksaited nak tengok sixth sense ni. Diorang nak datang kolej aku. Peh! Peh! Peh! Dah meroyan ni. HAHA. Kapreza (Karnival Premier Zaba) yang lepas aku tak datang, aku pergi mana entah. Bizi jugak aku ni rupanya kan. Aku bizi weyh, bizi! Rasa macam nak bagi je kebizian aku ni pada kucing kucing yang berkeliaran dekat luar. Lagi lagi dekat kucing yang hampir nak curi ayam aku. Aku dah bagi betis, ko nak paha pulak kan kucing. cis!


Kepada kawan kawan aku yang telah membelot, silala datang kapreza untuk menunjukkan sokongan dan 'kesayangan' anda pada kolej za'ba. Ada kentang besar punya!!! ahaahahahahahaa... Jangan nak cakap jauh! Nak seribu daya, taknak suka pulak beralih alih.


Kapreza best!!!! Menunjukkan semangat kekolejan walaupun selalu tak ada air.

4 comments:

Humaiera' said...

ko mesti x kn skip sal makan kan...

hahahahahahaa!

xpe, bukan kenal ko semlm... =p

ee said...

tha, good luck untuk mid sem kali ni =) all the best to you..

kaoru said...

tha comelllll!!
awwww..
lagila comel bila org puji kan...
awwww

t-ha said...

nana- cm xbese. u know me

ee- da abs da midsem. tawakal je. gd luck utk final pulak. hehe

amy- awwww... suke3. ahahahahaahahahaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...