Monday, January 17, 2011

How come u enset, boleh rosak macam nih !



Ensettttttttttttttttttttt aku rosakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Waaaaaaaaaaaaaaaaa.... *Nangis! Nak cakap rosak sepenuhnya pun tak jugakla. Just aku tak boleh sliding ke bawah. Kalau tak nanti skrin dia putih. Mula la skrin aku tu bergegar. Dia buat gempa bumi dengan 9 skala richter punya. 9skala tsunami tak? Malas nak google. Daripada aku letak wallpaper comel comel. Da rupe cam bangunan tak siap dah. wuwuwuwwu. So, dia sekarang dalam berkeadaan sliding ke atas dan orang cakap kalau biarkan dia slide ke atas macam tu, nanti makan bateri. Pedulik lah. Asalkan die tak buat hal dengan aku.


Haritu aku pergi warta, usha usha la hanset baru, bajetmacamnakbelipadahal-takbelipun. Lama jugak aku bertapa dekat kedai uncle tu tanya macam macam sampai dia pikir memang aku nak beli. Sorry la uncle. Uncle beria cite saya dengar jela. Saya pelanggan u, kang pelanggan lari kang, bungkus lu kang. Nangis anak bini nak makan apa? hikhik.


Yela beria dia promote enset CSL kat aku. Dah lah dengar ura ura orang cakap jangan pakai CSL. Bukan aku taknak support barang Malaysia tapi enset ni masih baru, banyak kekurangan dia. Murah memangla murah sebab tak ada cukai berbanding sony nokia kan obersea. Alah, dah lama masuk Malaysia pun nak cukai banyak banyak, sikit sikit dah lah. Kalau camtu, aku pergi indon la nanti beli enset, murah pun murah. Alang alang boleh pergi bali. Berendam main main air. Berlari larian di tepi pantai yang indah sambil melihat matahari terbenam. Fuyoooooo.. Gaya cam honeymoon nih.


Lepas ni, aku takkan beli dah handphone slide slide bagai ni. Lagi lagi kalau brand sony ericsson. Cis! Indah kabar dari rupa. U menipu i ye sony! Korang pun tak payah la gatal nak beli enset slide brand sony ericsson, kalau nak jugak sliding bila orang kol masuk macam ala ala james bond, (james bond pakai enset slide ke? layannnn~ HAHA) better beli nokia la even korang rasa design dia buruk giler. Korang JANGAN BELI la enset sony ericsson yang slide punya! Jangan beli weyh jangan beli ! Jangan beliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. don't buy sony ericsson slide phone. DON'T!!! Aku cakap jangan! janganla. sekeh kang. HAHA. da besar gabak da aku tulis nih, nak kasi warning awal awal !


Kebanyakan aku tengok enset sony ni girl je yang pakai, kalau guys, ramai pakai nokia. (Peh, aku men belasah je buat andaian sendiri, ntah betul ke tak tu! ikut pandangan aku la weyh) Yela, girl kan suka beli enset sebab design dia comel! Eee... eeee.. comel la enset ni. Boleh shake shake kalau nak tuka lagu, lampu lip lap lip lap kalau men musik. Fuyooo.. nak laaaaaaa... Tak pasal pasal aku bikin dialog sendiri. hahahaahaaahha.


Lagipun, guys pentingkan function kat dalam tu. Kalau nokia kan boleh support banyak sofware. Ko letak jela apa pun, kebanyakannya boleh bukak. Cuba try sony, pehhh. macam harammmm. Macam macam la dia tulis dekat skrin tu buat aku rasa macam nak baling. HAHA. Aku pikir duet beratus aku melayang je, kalau tak memang aku dah baling dah. heh.


Rasa nak pakai enset baling beruk pulak lepas ni. Ada tak?



TERINGAT !



my first handphone ever
last day bersama enset kesayangan. sayang giler enset ni weyh. sayangggggggg!!!!!



Aku beli dengan titik peluh aku sendiri dan berbekalkan sedikit duet biasiswa di tangan, aku gagahkan diri pergi beli. Masa tu aku form 4. Orang pakai enset, aku nak jugak kan. Time ni kalau ko ada enset, memang kau dah boleh tunjuk bagus dah even kau pakai enset baling anjing je. Aku beli enset ni pun opkos sebab design dia. Pehhh, comel giler. Keypad dia pun sedap tekan. Laju je aku taip.



Nak taw satu benda? Bila aku start je pakai enset sony, nak taip pun rasa macam kura kura jalan lagi laju. Budak kecik 3 tahun pun boleh pandang slack je tengok, asal kakak ni, tak reti pakai enset ke? Meh saya ajar. Saya tak taip, saya gigit je. Cis! Yela, kan keypad sony dengan nokia kan lain lagi2 tang space tu. Nak tekan space je, kuar tambah '+'. Kadang kadang rasa nak letak je tambah tu, korang paham paham jela, aku kan baru beli enset baru. kahkahkah.


Aku sayang giler dengan enset ni tapi dia rosak terpaksa aku trade in. Aku rasa menyesal pulak trade in enset ni. sebab rasa macam ada something yang takternilai harganya, sentimental value la. Enset ni banyak berjasa dengan aku. wuwuwuwuwu. Apasal la aku pergi jual dulu.  Rasa macam nak ketuk kepala kat dinding. -_-". Aku rasa macam nak pergi mines, carik balik enset tu. Tapi mesti dah ada orang beli sebab dah lama da aku trade in. da setahun ke 2 tahun camtula.


Korang tengok budak budak zaman sekarang. Sume set set pakai iphone pakai bb je. Tengokla. Budak sekolah rendah da dapat enset da sorang satu. Contoh yang paling dekat adik aku yang kecik sekali tu. Enset nak mahal tak beragak. Butthurt la macam nih. Aku dulu mana dapat. Nak tepon membe gayut gayut berjam jam sampai panas telinga pun guna tepon rumah je. Memang dah selalo kena spy dengan mak aku tengok bila aku nak stop. Naseb baek aku ni pandai cover cover. Nak tepon tu, bawakla sekali buku. Masa cakap tu, tengok tengok sekali buku tu, baru mak aku pikir aku cite pasal homework kan. Aku budak baik weyh, mana maen gayut gayut lama lama cite pung pang pung pang.. tak ada hala tuju ni.


Aku kol memang aku tanya keje sekolah je. Yang laen tu aku selit sikit sikit je. Kalau tak mesti dah melambung dah bil telepon. Aku jugak nangis tak boleh nak bergayut kang. Sebenarnya, tepon rumah aku tu, tunggu masa nak kena potong je aku rasa. Kesian dia tidak dipergunakan lagi. Tuan ko sume dah berpaling tadah.kihkihkih


Sape nak belanja aku beli enset baru? U belanja i enset, i gayut lama lama dengan dengan u sampai pecah gegendang telinga pun takpe. huahuahua


Asal aku rasa panjang giler aku cite ni. Pasal enset je pun. Kecoh 1 kampung. HAHA



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...