Saturday, January 22, 2011

Tragedi palam pencucuh

 
Kesian korang kan aku asyik hidangkan entry yang menusuk jiwa raga je. Aku pun tak suka sebenarnya. Siapa suka? Nampak sangat kau tak suka aku hidup senang kan. heh. Korang ni memangla jangan la bagi aku sedih sedih camnih. Gwa sedih, kang lu orang baca entry gwa semua sedih. Daripada korang semua tengah gembira tahap maksima tiba tiba sedih menonggeng baca entry aku yang ke laut ni.


Sejak aku bagi entry sedih sedih ni, otak aku dah jem sampai tak tahu nak bagi entry yang berbunga bunga lagi. ish! Korang ingat aku suka ke letak post sedih sedih ni. Der... der semua.., gwa tak suka der. Gwa tak suka sampai gwa rasa semua orang gwa nak buat lawan der. Saje aku nak tunjuk brader sikit kat sini. Takot tak? Takot tak? HAHA.


Sebenarnya kan, aku ada satu benda nak cerita kat korang semua ni. Aku rasa kalau korang tak tergelak terbahak bahak tergolek golek, aku rasa better korang pergi check psikologi dekat hospital tanjung rambutan. Sekarang jugak taw! Tunggu apa lagi. Move! move!! Padahal aku tak cerita pun lagi. kahkahkah


Sebenarnya tak adalah kelakar sangat pun cerita ni, korang tak nak tergelak pun tak apa, paling koman pun tersengih la sikit bagi sejuk sikit hati aku ni tengok. Penat aku bercerabih dekat sini. Korang boleh buat dun know je. Butthurt aku kang. Tapi korang jangan lupa pergi buat check up dekat hospital ye. Mana la taw kan. haha.


Aku dulu pergi sekolah bawak motor. Merempit! Dengan baju sekolah aku merempit ni. Lepas habis sekolah je, keluar pintu pagar, carik motor, start motor, pulas pulas minyak, carik membe nak merempit. Padahal tak cakap apa pun nak ajak merempit. Bila ada orang selisih je dengan motor aku atau kata yang lebih senang potong queue la, aku jadi hot la. Dia bawak lagi laju dari aku. Peh, aku dah panas satu badan ni. Aku pun apa lagi, siap sedia tangan kaki semua tanpa menghiraukan adik aku kat belakang tu ada lagi ke tak, aku kejar lah motor yang berani memintas ku. Dah dapat pintas balik, aku puas. HAHA


Disebabkan motor aku ni paling hensem sekali dekat sekolah. Ada pulak orang yang iri hati. Yelah, motor aku menjadi kegilaan ramai. Siapa yang tak puas hati kan. Motor aku kan popular, semua orang nak aim. Lepas tu, ada orang buat onar dengan motor aku. Dia pergi cabut palam pencucuh motor aku. Korang tahu ke menatang apa palam pencucuh tu. Konfem ada yang terpinga pinga ni.




Ni lah menatang tu. Palam pencucuh tu skema sangat. Apa ntah nama yang selalu orang sebut. Aku tahu yang skema je sebab aku memang skema.




Masa tu, aku ada kelas tuisyen petang. Motor aku park tempat biasa lah. Kalau tuisyen kan, tak banyak sangat motor kan. Motor yang ada hanya motor yang tuannya ada kelas tuisyen je lah. Tak akan lah yang tak datang kelas, motor dia pulak tiba tiba ada kat situ kan. Korang semua terlupa ke pagi tadi pergi sekolah bawak motor. Las las mak korang tanya, "eh leman, asal ko tercungap cungap ni. Bawak motor pun tercungap cungap ko? Leman dah dah terpinga pinga, rupa rupanya dia terlupa dia bawak motor. Padan muka kena jalan kaki. hahahahaahhaahahahaa. (Saje je tambah cerita sket, korang jangan konpius pulak cerita leman dengan cerita aku, cerita leman part ni je. Cerita aku, semua part)


So, disebabkan motor tak banyak, motor aku telah menjadi daya tarikan, sang pencuri palam pencucuh. cis! Eceli, yang curik palam pencucuh tu, membe sekelas aku jugak. Dia ni memang suka betul buat jahat dengan aku. Memang set nak carik gaduh je. Dia memang tak akan bagi aku hidup senang. Boleh dikatakan, aku dengan dia ni memang tak boleh berjumpalah. Ada je benda nak diperdebatkan. Sampai kawan aku cakap apa, korang ni gaduh gaduh, keji keji, kang kawen esok lusa kang. Owh! itu tidak mungkin, mustahil dan impossible sama sekali. Runtuh satu rumah nanti sebab asyik bertekak je. Aku no taste dekat dia ni sebab bukan type aku pun. Set set nak gaduh bolehlah. Dia ni gatal dow, sume kawan kawan aku dia nak ngurat. Adalah dia nak ngurat kawan aku sorang ni, sampai sekarang tak dapat. Padan muka ko. hahahahahaa. Sape suruh jahat sangat!


Sampai sekaranglah aku still bermusuh dengan dia, padahal aku satu geng dengan dia. Bila cuti, jumpa je, lepak sama sama tapi mulut memang keji mengkeji la. Saje nak bikin aku hot.



Ni lah geng aku! Carik la mana satu budak tu. Korang nampak muka macam samseng tu lah dia.



Lepas habis je kelas, aku terus la pergi dekat motor aku. Aku dah tak sabar nak merempit ni. Bila tekan je starter, dia tak maw hidup. Aku dah cuak dah. Apa motor ni, tak pernah pernah buat hal dengan aku. Tiba tiba je. Then, aku try start manual. Habis tenaga dah aku guna. Tak boleh jugak. Dari kejauhan si Zaki bukan nama sebenar ni dah gelak gelak dah. Aku macam dah boleh hidu je ni kerja dia. Bila gelak dia makin rancak, memang tidak dapat dinafikan lagi, itu memang kerja dia. Cis!


Terus aku turun dari motor. Tanya macam gengster kan. Terus dia tunjuk palam pencucuh tu dekat aku sambil gelak gelak. Kuang ajaq punya budak. Mula lah aku sumpah seranah dia dekat situ. Boleh dia gelak gelak lagi. cis! cis! Then, aku suruh dia pasang balik menatang tu. Aku mana reti nak pasang. Dia cakap apa dengan aku. 'Bawak macam pelesit reti, pasang palam pencucuh pun tak reti... pooooodaaahhhhh! (Sambil buat tangan macam karam sigh walia). Macam tu lah lebih kurang dia cakap, aku ingat ingat lupa.


Lepas tu, barulah motor aku boleh hidup balik dan aku boleh merempit balik rumah. Aku malas layan si bedebah tu, sebab dia tak makan saman. Aku marah pun dia buat dun know je. Memang sengaja lah nak bagi aku panasssssssssss je. Bukan setakat tu je kerja jahat dia. Banyak lagi. Nama lagi musuh ketat kan.


Jaga la kau, esok lusa aku balas. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas!


Peh.. aku rindu giler nak bawak motor. Apa khabar agaknya motor kesayanganku di rumah setelah aku memperturunkan kepada adik adikku untuk di bawa ke sekolah.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...