Saturday, January 15, 2011

Kisah hari sabtu aku


Semalam, masa nak tidur, aku dah mind set nak bangun awal. Eksaited tak aku nak bangun awal padahal weekend nih. Selalu kan weekend memang peluang untuk tidur lama lama sampai taknak bangun pun boleh sebab takde sape nak marah sebab sekarang kan cuti, sukahati aku la nak bangun lambat lambat. Tapi tu lah, aku dah set jam nak bangun awal, las las hamik kau terlajak sampai ke utara sinun. Aku rasa kalau orang buat karipap, gentel gentel dari pagi sampai waktu aku terjaga ni, bolehla dapat dalam 100-400. Haha. Aku ngidam karipap sebenarnya. *tiba.


Yela, aku nak siapkan esaimen aku ni. Melambak lambak macam lambakan baju di dalam bakul dan perlukan satu usaha untuk dilipat. Banyak wooooo. Kita sedih kita banyak esaimen. wuwuwuwuwuwu. Bila bangun je, dah rasa bersalah dengan diri sendiri. Takpelah, nak wat cemana, dah tak ada rezeki. Aku ni kalau tidur awal, mesti bangun lambat. Tapaham betollah. haih.


Tiba yan ajak aku pergi mid dan aku perlu bersiap dengan kadar yang segera. Aku dah lah tengah semangat nak buat esaimen ni. Jarang jarang aku semangat camnih. Disebabkan kesemangatan aku nih, aku menolak pelawaan dia. Terkejut tak? Kalau korang nak tahu, aku jarang tolak pelawaan orang, sebab aku takut nanti orang tu sedih sebab dia beria ajak even ia memudaratkan aku pun kadang kadang aku tunaikan jugak. Baik tak aku. huahua.




jomla ajak kita jalan jalan. wuwuwuwuwu~




Lagipun, aku memang suka keluar jalan jalan sebab aku jarang keluar pergi mana mana. Lagi lagi kalau dekat rumah. Seyes! Kalau cuti je, aku tak gi mana mana pun tercongok je dekat rumah tu. Kalau nak carik aku, memang ada jela 24/7 dekat rumah tu. Tak buat taik mata, aku buat berak. HAHA. Sebab tu kalau orang ajak aku kuar jalan jalan aku eksaited. Sangat eksaited!


Bila dah dapat satu momentum, aku pun siapkan 1 esaimen aku. Gigih ni. gigih! Padahal perut kelaparan minta diisi. Sian kau perut. i menduakan u. Jap lagi la perut, jap lagi, i isi u. Esaimen i lagi penting tahu. Cari punya carik, sampai berpinar pinar mata nih. Then, aku rilex rilex kejap. Tak kejap! Lama. HAHA. Rasa macam dah lama aku buat keje. hihi.


Setelah beberapa jam aku tunggang terbalik atas kerusi ni, finally siap jugak 1 esaimen. Bagila award kat aku! Aku nak sangat! ;p Yela, aku kan selalu buat keje las minit. Keje yang lambat hantar ni aku gi siapkan dulu. Motip sangat kan.


Tinggal 1 esaimen lagi. dan 1 tutor yang perlu hantar hari isnin ni dan sepatutnya aku siapkan tutor tu dulu daripada esaimen yang lain. Doakan aku kawan kawan. Aku takut sangat bila malas menguasai diri.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...