Sunday, January 30, 2011

Aku ni pun peminat novel jugak, jangan tak tahu



Hai kawan kawan, aku tengah cuti sekarang. Perghhh... heaven giler siot!! Korang bayangkan lah. Sekarang kan musim hujan. Kekerapan aku untuk mandi tu memang kurang ahhh. Sejuk giler bai. Rasa macam bukan hujan yang turun tapi salji. Yela, dari pagi sampai ke malam hujan tak berhenti, syukur tak banjir je, kalau tak, takdapat la hapdate blog untuk tatapan korang semua. Aku kesian kang korang kempunan nak baca entry entry aku. hahahahhaaa


Disebabkan hujan rintik rintik air bergelora, emak bagi seposen, ayah bagi seposen ni, hati aku pun hujan jugak. Menangis hati aku ni weyh. Menangis! Meronta meronta untuk keluar ke rumah tapi disebabkan kedarjah demaman akan meningkat kalau aku keluar main hujan, aku redha jela. Aku baru je baik demam ni. Janganla buat hal dengan aku ye badan. Don't noti noti. hikhikhik


Oleh yang demikian, aku duduk jela dalam bilik, macam puteri raja musim hujan. Nak makan baru aku keluar bilik, nak berak baru aku keluar bilik. Korang nak tahu ke apa aku selalu buat dalam bilik, mana boleh bagitahu, aku bagitahu sikit sikit dah lah. Habis bocor rahsia cheq noh... hahahahahaa. 


Mengarut la aku ni, meh aku straight to the point jela. Kan senang! Tak payah main tarik tali bagai. Aku tak suka orang main tarik tali ni. Lagi lagi kalau nak cerita bab bab cinta ni, suka tol main tarik tali. Kalau kau lelaki sejati, move forward jela. (Marah ni, marah! Tak nampak ke aku tengah marah ni!! Cepatla pujuk balik!) Korang ni takot kemain, nak je aku sekeh laju laju. Luku pakai periuk ke. Kepit ibu jari pakai pengopek kelapa ke, boleh ke. Rasakan. HAHA


Laki zaman sekarang ni, takot betol nak confess, gwa takpaham bai. Takpaham!  Korang kaum lelaki ni pakat ambik pengajaran, mintak tunjuk ajar dari lelaki dulu dulu. Cane diorang boleh dapat isteri sampai empat. Gi berguru weyh. Pergi! (Btw, lelaki lelaki sume jangan la tiru diorang yang dulu bab kawen empat neh. Satu dah lah. Buas betol la korang neh. ish ish ish, gi mintak ilmu je!) Diorang tu ada ilmu yang korang tak ada, bukan ilmu hitam. Ilmu nak tackle perempuan la. Korang apa taw. hahahahhahaha. Ce lu orang story sket dengan gwa, apa masalah kaum lelaki ni. Kang aku bagi nasihat kat sini kang, sampai esok tak habis lagi aku menulis ni. haih.


Cerita aku ni memang betol menyimpang dari tajuk ni. Yela, aku straight ni haaaaa. Straigth! Cuti cuti macam ni, gwa layan novel je. Walaupun gwa ni rock tapi gwa ni jiwang jugak. Gwa memang minat novel ni sejak zaman tok kaduk lagi. Tapi kalau lu orang semua nak tahu, gwa tak pernah beli novel sendiri. Semua novel yang gwa baca semua pinjaman semata mata. Takpun akak aku yang selalu beli sebab dia pun memang giler novel. Tu je kot persamaan aku dengan dia.


Motip sangat aku nak beli novel mahal mahal kalau baca sekali je.  Baek aku beli nasik lemak 10 bungkus 20 bungkus, kenyang sikit perut aku neh. Setakat ni, aku takpernah baca novel yang sama dua kali. Sekali cukupla. Korang ingat sekejap ke nak habiskan satu novel tu. Penat pundi kencing aku ni nak tahan lama lama nak habiskan satu novel tu. Memang kacau line betol la, tengah tengah dok berkhayal tu, pundi kencing buat hal pulak. Tak ke hangin  tu.




Tengah fokus ni. Korang jangan tertipu plak, latar belakang tu tak gelap sebenarnya,  disebabkan kamera aku pasang flash, so, dia nampak macam gelap padahal terang benderang. Pandai kau main tarik tali dengan aku ye flash. ish!


Haaaaaaa... nampak buku yang aku pegang tu. Tulah novel yang aku baru khatam. Sehari je aku ambik masa nak khatam novel ni. Lepas subuh aku baru tidur tahu tak gara gara nak tahu ending dia. Tak sabar betul aku. Seyes aku cakap dengan korang, novel ni best giler. Best woooooo... Kalau bagi rate, aku kasi 5/5. "CINTA, kau dan aku" terbitan buku prima. Sebenarnya, buku ni, adik aku pinjam dari membe dia. Aku pun tumpang sekali la nak baca.


Aku malas la nak review pasal buku ni. Kalau aku dah cakap best tu best la, tak payah ragu ragu. Aku jamin!  Dah, pergi beli cepat! Aku paksa ni. Kat MPH tu banyak je.


Kalau korang nak tahu, aku tak minat sangat novel keluaran buku prima ni. Cerita dia biasa biasa je, aku selalu layan alaf 21. Tapi tu lah orang cakap, best best, popular, lama lama, jatuh gak kan. Takdelah aku nak cakap alaf 21 ni takbest langsung. Cuma kureng la.



apasal aku rasa gambar ni macam ambik dari enset 1.3megapixels. tsk.. tsk.. tsk..





Oklah aku ciao dulu. (Aku amik ayat dalam novel tu). Aku ada satu lagi novel yang perlu dikhatamkan. Kalau aku rajin, aku review la novel tu pulak. Kalaulah.




Friday, January 28, 2011

You know what, i love them sooooooooo much!



i don't want to talk much! Just see all those picture.






pizza timeeeeeeeeeeeeeeee...............







yumyyyyyyy~~



people that i call my bestfriends






atip excited gilerrrrrrrrrrrrrrr!









day to day, i become fat = fatihah. wuwuwuwuwu >.<




kawaiiii with helmet... hahhahahahaahaha






Even though we've changed and we're all finding our own place in the world, we all know that when the tears fall or the smile spreads across our face, we'll come to each other because no matter where this crazy world takes us, nothing will ever change so much to the point where we're all still friends.





Wednesday, January 26, 2011

Update laju laju


Saje je nak bagitahu satu dunia, dengan bangga dan excitednya, aku baru je buat akaun gmail. (padahal orang lain dah berkurun kurun buat, aku baru nak buat). Bosanlah bukak akaun yahoo.  Kepam je rasa. huh! Takboleh tuka tuka background, paling koman, boleh tuka kaler je. Dahlah kaler dia buruk buruk. Salah satu sebab aku buat akaun gmail sebab dia ada background yang comel comel. Lepas ni, boleh main tuka tuka background. hehe







Kawan kawanku yang comel comel. Jomla kita ber g'talk pulak lepas ni. Asyik layan ym je. Bosan gak kadang kadang. Banyak je tempat nak chat chat ni. Aku ada akaun oovoo, skype dengan ym JE! Tambah lagi satu, gtalk. hehe. Gedik giler, padahal bukan terlayan pun semua. Setakat ni, aku suka tengok oovoo sebab dia ada style. Comel dow! tapi tu la semua membe dok layan ym je. Aku pasrah! HAHA.



Korang yang tak ada akaun gmail, pergi buat sekarang!!! Kang kempunan nak chat dengan aku kang. kahkahkah.



Sunday, January 23, 2011

Seyes! aku tak saba giler nak balik rumah



Kalau nak ikutkan hati, minggu ni jugak aku nak balik. Lepas tu ponteng je kuliah 4 hari sebab lepas tu ada cuti seminggu. Seyes gwa tak sabar bai! Lu orang sabar la sebab dah selalu balik rumah. Aku jeles giler dengan rumet aku. Tiap kali weekend memang tak akan melekat la dekat bilik. Memang tinggal aku sorang sorang dalam bilik, jangan sampai aku jadi macam hantu mak limah dah la. Sedap ke weyh cerita ni, mana mana aku pergi, even dalam bas rapid pun nak cerita pasal mak limah ni. Bagus sangat ke sampai sana sini orang cerita. Tapaham aku.


Aku ni kalau cerita melayu memang outdated la. Cerita korea aku outdated ni kan cerita melayu. Lagi haram. Malas aku cerita panjang. Korang jangan bagi aku start menaip, kang kalau print taipan aku ni maw 10 pages dapat kang. Hantar dekat pertandingan menulis karangan mana tahu boleh menang. HAHA


Aku rindu family aku. Itu je. Orang lain aku tak rindu. Pergi main jauh jauh. 



antik tak gamba? saje je aku nak bagi nampak macam aku dah lama tak jumpa diorang.


Yang dekat sebelah tu akak aku. Jangan tanya kenapa muka aku dengan dia tak sama. Aku penat lah nak jawab. Korang tanya mak aku lah dia mengidam apa dulu sampai aku comel macam nih. hahahahahaaha. Yang muka taknampak mulut tu, adalah satu satunya adik perempuan aku dan tak ada yang lain selain dia sahaja. Bukan aku sengaja crop, dah gambar ni amik macam ni. Aku ni bukan photoG yang hebat amik gambar sendirik-bajet-sume-dapat-masuk-kan. Dia baru lepas habis SPM. Nak ngurat, pergi tanya dia sendirik dah berpunya ke belum. Yang lelaki sebelah aku tuuuuuuuuuuuu....



 ni kat bawah ni gambar dia



Mana mana tempat aku bergambar, mesti ada budak kecik ni, tapaham aku. Suka betol ngendeng dekat akak dia yang comel ni. Ko tu comel sebab amik gene akak. Ingat tu!




Hati wa dekat rumah, badan wa dekat sini




Saturday, January 22, 2011

Tragedi palam pencucuh

 
Kesian korang kan aku asyik hidangkan entry yang menusuk jiwa raga je. Aku pun tak suka sebenarnya. Siapa suka? Nampak sangat kau tak suka aku hidup senang kan. heh. Korang ni memangla jangan la bagi aku sedih sedih camnih. Gwa sedih, kang lu orang baca entry gwa semua sedih. Daripada korang semua tengah gembira tahap maksima tiba tiba sedih menonggeng baca entry aku yang ke laut ni.


Sejak aku bagi entry sedih sedih ni, otak aku dah jem sampai tak tahu nak bagi entry yang berbunga bunga lagi. ish! Korang ingat aku suka ke letak post sedih sedih ni. Der... der semua.., gwa tak suka der. Gwa tak suka sampai gwa rasa semua orang gwa nak buat lawan der. Saje aku nak tunjuk brader sikit kat sini. Takot tak? Takot tak? HAHA.


Sebenarnya kan, aku ada satu benda nak cerita kat korang semua ni. Aku rasa kalau korang tak tergelak terbahak bahak tergolek golek, aku rasa better korang pergi check psikologi dekat hospital tanjung rambutan. Sekarang jugak taw! Tunggu apa lagi. Move! move!! Padahal aku tak cerita pun lagi. kahkahkah


Sebenarnya tak adalah kelakar sangat pun cerita ni, korang tak nak tergelak pun tak apa, paling koman pun tersengih la sikit bagi sejuk sikit hati aku ni tengok. Penat aku bercerabih dekat sini. Korang boleh buat dun know je. Butthurt aku kang. Tapi korang jangan lupa pergi buat check up dekat hospital ye. Mana la taw kan. haha.


Aku dulu pergi sekolah bawak motor. Merempit! Dengan baju sekolah aku merempit ni. Lepas habis sekolah je, keluar pintu pagar, carik motor, start motor, pulas pulas minyak, carik membe nak merempit. Padahal tak cakap apa pun nak ajak merempit. Bila ada orang selisih je dengan motor aku atau kata yang lebih senang potong queue la, aku jadi hot la. Dia bawak lagi laju dari aku. Peh, aku dah panas satu badan ni. Aku pun apa lagi, siap sedia tangan kaki semua tanpa menghiraukan adik aku kat belakang tu ada lagi ke tak, aku kejar lah motor yang berani memintas ku. Dah dapat pintas balik, aku puas. HAHA


Disebabkan motor aku ni paling hensem sekali dekat sekolah. Ada pulak orang yang iri hati. Yelah, motor aku menjadi kegilaan ramai. Siapa yang tak puas hati kan. Motor aku kan popular, semua orang nak aim. Lepas tu, ada orang buat onar dengan motor aku. Dia pergi cabut palam pencucuh motor aku. Korang tahu ke menatang apa palam pencucuh tu. Konfem ada yang terpinga pinga ni.




Ni lah menatang tu. Palam pencucuh tu skema sangat. Apa ntah nama yang selalu orang sebut. Aku tahu yang skema je sebab aku memang skema.




Masa tu, aku ada kelas tuisyen petang. Motor aku park tempat biasa lah. Kalau tuisyen kan, tak banyak sangat motor kan. Motor yang ada hanya motor yang tuannya ada kelas tuisyen je lah. Tak akan lah yang tak datang kelas, motor dia pulak tiba tiba ada kat situ kan. Korang semua terlupa ke pagi tadi pergi sekolah bawak motor. Las las mak korang tanya, "eh leman, asal ko tercungap cungap ni. Bawak motor pun tercungap cungap ko? Leman dah dah terpinga pinga, rupa rupanya dia terlupa dia bawak motor. Padan muka kena jalan kaki. hahahahaahhaahahahaa. (Saje je tambah cerita sket, korang jangan konpius pulak cerita leman dengan cerita aku, cerita leman part ni je. Cerita aku, semua part)


So, disebabkan motor tak banyak, motor aku telah menjadi daya tarikan, sang pencuri palam pencucuh. cis! Eceli, yang curik palam pencucuh tu, membe sekelas aku jugak. Dia ni memang suka betul buat jahat dengan aku. Memang set nak carik gaduh je. Dia memang tak akan bagi aku hidup senang. Boleh dikatakan, aku dengan dia ni memang tak boleh berjumpalah. Ada je benda nak diperdebatkan. Sampai kawan aku cakap apa, korang ni gaduh gaduh, keji keji, kang kawen esok lusa kang. Owh! itu tidak mungkin, mustahil dan impossible sama sekali. Runtuh satu rumah nanti sebab asyik bertekak je. Aku no taste dekat dia ni sebab bukan type aku pun. Set set nak gaduh bolehlah. Dia ni gatal dow, sume kawan kawan aku dia nak ngurat. Adalah dia nak ngurat kawan aku sorang ni, sampai sekarang tak dapat. Padan muka ko. hahahahahaa. Sape suruh jahat sangat!


Sampai sekaranglah aku still bermusuh dengan dia, padahal aku satu geng dengan dia. Bila cuti, jumpa je, lepak sama sama tapi mulut memang keji mengkeji la. Saje nak bikin aku hot.



Ni lah geng aku! Carik la mana satu budak tu. Korang nampak muka macam samseng tu lah dia.



Lepas habis je kelas, aku terus la pergi dekat motor aku. Aku dah tak sabar nak merempit ni. Bila tekan je starter, dia tak maw hidup. Aku dah cuak dah. Apa motor ni, tak pernah pernah buat hal dengan aku. Tiba tiba je. Then, aku try start manual. Habis tenaga dah aku guna. Tak boleh jugak. Dari kejauhan si Zaki bukan nama sebenar ni dah gelak gelak dah. Aku macam dah boleh hidu je ni kerja dia. Bila gelak dia makin rancak, memang tidak dapat dinafikan lagi, itu memang kerja dia. Cis!


Terus aku turun dari motor. Tanya macam gengster kan. Terus dia tunjuk palam pencucuh tu dekat aku sambil gelak gelak. Kuang ajaq punya budak. Mula lah aku sumpah seranah dia dekat situ. Boleh dia gelak gelak lagi. cis! cis! Then, aku suruh dia pasang balik menatang tu. Aku mana reti nak pasang. Dia cakap apa dengan aku. 'Bawak macam pelesit reti, pasang palam pencucuh pun tak reti... pooooodaaahhhhh! (Sambil buat tangan macam karam sigh walia). Macam tu lah lebih kurang dia cakap, aku ingat ingat lupa.


Lepas tu, barulah motor aku boleh hidup balik dan aku boleh merempit balik rumah. Aku malas layan si bedebah tu, sebab dia tak makan saman. Aku marah pun dia buat dun know je. Memang sengaja lah nak bagi aku panasssssssssss je. Bukan setakat tu je kerja jahat dia. Banyak lagi. Nama lagi musuh ketat kan.


Jaga la kau, esok lusa aku balas. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas!


Peh.. aku rindu giler nak bawak motor. Apa khabar agaknya motor kesayanganku di rumah setelah aku memperturunkan kepada adik adikku untuk di bawa ke sekolah.



Thursday, January 20, 2011

Lagu ni sesuai dengan situasi aku sekarang


Jomlah layan lagu ni. Malas nak cerita panjang. Sometimes song will exposed our feeling. kan kan? LAYANNNNNNNNNNNNNNNN~









Eminem - Not afraid


[Chorus:]
I'm not afraid (I'm not afraid)
To take a stand (to take a stand)
Everybody (everybody)
Come take my hand (come take my hand)
We'll walk this road together, through the storm
Whatever weather, cold or warm
Just lettin you know that, you're not alone
Holla if you feel like you've been down the same road (same road)

[Intro (during Chorus):]
Yeah, it's been a ride
I guess I had to, go to that place, to get to this one
Now some of you, might still be in that place
If you're trying to get out, just follow me
I'll get you there

You could try and read my lyrics off of this paper before I lay 'em
But you won't take the sting out these words before I say 'em
Cause ain't no way I'ma let you stop me from causin mayhem
When I say I'ma do somethin I do it,
I don't give a damn what you think,
I'm doin this for me, so fuck the world
Feed it beans, it's gassed up, if it thinks it's stoppin me
I'ma be what I set out to be, without a doubt undoubtedly
And all those who look down on me I'm tearin down your balcony
No if ands or buts, don't try to ask him why or how can he
From "Infinite" down to the last "Relapse" album
he's still shittin, whether he's on salary paid hourly
Until he bows out or he shits his bowels out of him
Whichever comes first, for better or worse
He's married to the game, like a fuck you for Christmas
His gift is a curse, forget the Earth, he's got the urge
to pull his dick from the dirt, and fuck the whole universe

[Chorus]

Okay quit playin with the scissors and shit, and cut the crap
I shouldn't have to rhyme these words in the rhythm for you to know it's a rap
You said you was king, you lied through your teeth, for that
Fuck your feelings, instead of gettin crowned you're gettin capped
And to the fans, I'll never let you down again, I'm back
I promise to never go back on that promise, in fact
Let's be honest, that last "Relapse" CD was ehhh
Perhaps I ran them accents into the ground
Relax, I ain't goin back to that now
All I'm tryin to say is get back, click-clack, blaow
Cause I ain't playin around
It's a game called circle and I don't know how, I'm way too up to back down
But I think I'm still tryin to figure this crap out
Thought I had it mapped out but I guess I didn't, this fuckin black cloud
still follows, me around but it's time to exorcise these demons
These muh'fuckers are doin jumpin jacks now!

[Chorus]

And I just can't keep living this way
So starting today, I'm breaking out of this cage
I'm standing up, I'ma face my demons
I'm manning up, I'ma hold my ground
I've had enough, now I'm so fed up
Time to put my life back together right now! (now)

It was my decision to get clean, I did it for me
Admittedly, I probably did it subliminally
for you, so I could come back a brand new me you helped see me through
And don't even realize what you did, believe me you
I been through the ringer, but they could do little to the middle finger
I think I got a tear in my eye, I feel like the king of
my world, haters can make like bees with no stingers
and drop dead, no more beef flingers
No more drama from now on, I promise
to focus solely on handlin my responsibilities as a father
So I solemnly swear to always treat this roof, like my daughters
and raise it, you couldn't lift a single shingle on it!
Cause the way I feel, I'm strong enough to go to the club
or the corner pub, and lift the whole liquor counter up
Cause I'm raising the bar
I'd shoot for the moon but I'm too busy gazin at stars
I feel amazing and I'm


[Chorus]






Tuesday, January 18, 2011

Ini memang entry 100 degree celcius




Pehhhh... makan dalam gwa arini beb! Dalam sampai rasa dah berlubang lubang da hati nih!
owh! serius memang shit!
Kacau mood aku laaa.. 
lu orang bikin gwa hot tahu tak!!



Mesti korang pikir, budak ni giler ke, tiba tiba terjah masuk terus nak sembur sembur macam sembur febreze dekat bantal busuk sampai wangi sebab taknak basuh nanti hilang la kualiti dia sebagai bantal busuk. Malas la cerita. Tak baik buruk burukkan orang. Tuhan marah. Kalau DIA marah nanti aku sedih. Kalau korang buat hal dengan aku, aku pedulik hape tapi kali ni aku pedulik macam dah rasa nak meletop dah ni.


Sedihla. Sampai tak tahu macam mana nak cerita. Sedih! Panas hati  -_-"


Owh blog, naseb baekla kau ada. Kesian kau blog kena caci maki je dengan aku. Tunggu la blog nanti kita bagi entry bunga bunga kat sini ye blog ye. i lap u lah my blog. for eternity!!!


Siapa ada cangkul? Bak sini aku nak korek lubang dalam dalam. ish!





Ni la satu buat aku hot ni tapi xse hot yang kat atas tadi la. Yang ni 80 degree celcius je. Aku carik mangkuk aku kat tandas tadi tak jumpa.  Bukan mangkuk tandas bai. Ni mangkuk, untuk makan nasi makan megi,  makan mee, makan bubur. Peh sape pulak lah maling yang hamik aku punya mangkuk ni. wei, itu mangkuk murah je. Lu nak amik apasal. Kat bilik lu tak ada mangkuk ke mangkuuuuuuuuuuuuuuukk??


Aku tahu la mangkuk aku comel. Pulangkan lah balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... waaaaaaaaaaaaaaa.... pulangkan laaaaa (sambil hentak hentak kaki) pulangkan cinta hatikuuuuuuuuuuuuuu... owh hentikanlah menghantuiku... *tiba



Korang tak perasan ke entry aku banyak yang sedih sedih je sejak 2 menjak nih. phewww~ 
Tak sukalah!


Jom jom kita bergembira main tarik tali. Lari lari, sepak sepak ke. heh


Monday, January 17, 2011

How come u enset, boleh rosak macam nih !



Ensettttttttttttttttttttt aku rosakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Waaaaaaaaaaaaaaaaa.... *Nangis! Nak cakap rosak sepenuhnya pun tak jugakla. Just aku tak boleh sliding ke bawah. Kalau tak nanti skrin dia putih. Mula la skrin aku tu bergegar. Dia buat gempa bumi dengan 9 skala richter punya. 9skala tsunami tak? Malas nak google. Daripada aku letak wallpaper comel comel. Da rupe cam bangunan tak siap dah. wuwuwuwwu. So, dia sekarang dalam berkeadaan sliding ke atas dan orang cakap kalau biarkan dia slide ke atas macam tu, nanti makan bateri. Pedulik lah. Asalkan die tak buat hal dengan aku.


Haritu aku pergi warta, usha usha la hanset baru, bajetmacamnakbelipadahal-takbelipun. Lama jugak aku bertapa dekat kedai uncle tu tanya macam macam sampai dia pikir memang aku nak beli. Sorry la uncle. Uncle beria cite saya dengar jela. Saya pelanggan u, kang pelanggan lari kang, bungkus lu kang. Nangis anak bini nak makan apa? hikhik.


Yela beria dia promote enset CSL kat aku. Dah lah dengar ura ura orang cakap jangan pakai CSL. Bukan aku taknak support barang Malaysia tapi enset ni masih baru, banyak kekurangan dia. Murah memangla murah sebab tak ada cukai berbanding sony nokia kan obersea. Alah, dah lama masuk Malaysia pun nak cukai banyak banyak, sikit sikit dah lah. Kalau camtu, aku pergi indon la nanti beli enset, murah pun murah. Alang alang boleh pergi bali. Berendam main main air. Berlari larian di tepi pantai yang indah sambil melihat matahari terbenam. Fuyoooooo.. Gaya cam honeymoon nih.


Lepas ni, aku takkan beli dah handphone slide slide bagai ni. Lagi lagi kalau brand sony ericsson. Cis! Indah kabar dari rupa. U menipu i ye sony! Korang pun tak payah la gatal nak beli enset slide brand sony ericsson, kalau nak jugak sliding bila orang kol masuk macam ala ala james bond, (james bond pakai enset slide ke? layannnn~ HAHA) better beli nokia la even korang rasa design dia buruk giler. Korang JANGAN BELI la enset sony ericsson yang slide punya! Jangan beli weyh jangan beli ! Jangan beliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. don't buy sony ericsson slide phone. DON'T!!! Aku cakap jangan! janganla. sekeh kang. HAHA. da besar gabak da aku tulis nih, nak kasi warning awal awal !


Kebanyakan aku tengok enset sony ni girl je yang pakai, kalau guys, ramai pakai nokia. (Peh, aku men belasah je buat andaian sendiri, ntah betul ke tak tu! ikut pandangan aku la weyh) Yela, girl kan suka beli enset sebab design dia comel! Eee... eeee.. comel la enset ni. Boleh shake shake kalau nak tuka lagu, lampu lip lap lip lap kalau men musik. Fuyooo.. nak laaaaaaa... Tak pasal pasal aku bikin dialog sendiri. hahahaahaaahha.


Lagipun, guys pentingkan function kat dalam tu. Kalau nokia kan boleh support banyak sofware. Ko letak jela apa pun, kebanyakannya boleh bukak. Cuba try sony, pehhh. macam harammmm. Macam macam la dia tulis dekat skrin tu buat aku rasa macam nak baling. HAHA. Aku pikir duet beratus aku melayang je, kalau tak memang aku dah baling dah. heh.


Rasa nak pakai enset baling beruk pulak lepas ni. Ada tak?



TERINGAT !



my first handphone ever
last day bersama enset kesayangan. sayang giler enset ni weyh. sayangggggggg!!!!!



Aku beli dengan titik peluh aku sendiri dan berbekalkan sedikit duet biasiswa di tangan, aku gagahkan diri pergi beli. Masa tu aku form 4. Orang pakai enset, aku nak jugak kan. Time ni kalau ko ada enset, memang kau dah boleh tunjuk bagus dah even kau pakai enset baling anjing je. Aku beli enset ni pun opkos sebab design dia. Pehhh, comel giler. Keypad dia pun sedap tekan. Laju je aku taip.



Nak taw satu benda? Bila aku start je pakai enset sony, nak taip pun rasa macam kura kura jalan lagi laju. Budak kecik 3 tahun pun boleh pandang slack je tengok, asal kakak ni, tak reti pakai enset ke? Meh saya ajar. Saya tak taip, saya gigit je. Cis! Yela, kan keypad sony dengan nokia kan lain lagi2 tang space tu. Nak tekan space je, kuar tambah '+'. Kadang kadang rasa nak letak je tambah tu, korang paham paham jela, aku kan baru beli enset baru. kahkahkah.


Aku sayang giler dengan enset ni tapi dia rosak terpaksa aku trade in. Aku rasa menyesal pulak trade in enset ni. sebab rasa macam ada something yang takternilai harganya, sentimental value la. Enset ni banyak berjasa dengan aku. wuwuwuwuwu. Apasal la aku pergi jual dulu.  Rasa macam nak ketuk kepala kat dinding. -_-". Aku rasa macam nak pergi mines, carik balik enset tu. Tapi mesti dah ada orang beli sebab dah lama da aku trade in. da setahun ke 2 tahun camtula.


Korang tengok budak budak zaman sekarang. Sume set set pakai iphone pakai bb je. Tengokla. Budak sekolah rendah da dapat enset da sorang satu. Contoh yang paling dekat adik aku yang kecik sekali tu. Enset nak mahal tak beragak. Butthurt la macam nih. Aku dulu mana dapat. Nak tepon membe gayut gayut berjam jam sampai panas telinga pun guna tepon rumah je. Memang dah selalo kena spy dengan mak aku tengok bila aku nak stop. Naseb baek aku ni pandai cover cover. Nak tepon tu, bawakla sekali buku. Masa cakap tu, tengok tengok sekali buku tu, baru mak aku pikir aku cite pasal homework kan. Aku budak baik weyh, mana maen gayut gayut lama lama cite pung pang pung pang.. tak ada hala tuju ni.


Aku kol memang aku tanya keje sekolah je. Yang laen tu aku selit sikit sikit je. Kalau tak mesti dah melambung dah bil telepon. Aku jugak nangis tak boleh nak bergayut kang. Sebenarnya, tepon rumah aku tu, tunggu masa nak kena potong je aku rasa. Kesian dia tidak dipergunakan lagi. Tuan ko sume dah berpaling tadah.kihkihkih


Sape nak belanja aku beli enset baru? U belanja i enset, i gayut lama lama dengan dengan u sampai pecah gegendang telinga pun takpe. huahuahua


Asal aku rasa panjang giler aku cite ni. Pasal enset je pun. Kecoh 1 kampung. HAHA



Sunday, January 16, 2011

Sunyi




Hanya bertemankan dinding, di kiri dan kanan
2 katil, 2 meja, 2 kerusi
rumet aku tak ada la. dia balik rumah. wuwuuwu
laptop sebiji sebagai hiburan
makanan sebagai pengisi perut
buku sebagai peneman bicara



owh~
pening giler!



Saturday, January 15, 2011

Kisah hari sabtu aku


Semalam, masa nak tidur, aku dah mind set nak bangun awal. Eksaited tak aku nak bangun awal padahal weekend nih. Selalu kan weekend memang peluang untuk tidur lama lama sampai taknak bangun pun boleh sebab takde sape nak marah sebab sekarang kan cuti, sukahati aku la nak bangun lambat lambat. Tapi tu lah, aku dah set jam nak bangun awal, las las hamik kau terlajak sampai ke utara sinun. Aku rasa kalau orang buat karipap, gentel gentel dari pagi sampai waktu aku terjaga ni, bolehla dapat dalam 100-400. Haha. Aku ngidam karipap sebenarnya. *tiba.


Yela, aku nak siapkan esaimen aku ni. Melambak lambak macam lambakan baju di dalam bakul dan perlukan satu usaha untuk dilipat. Banyak wooooo. Kita sedih kita banyak esaimen. wuwuwuwuwuwu. Bila bangun je, dah rasa bersalah dengan diri sendiri. Takpelah, nak wat cemana, dah tak ada rezeki. Aku ni kalau tidur awal, mesti bangun lambat. Tapaham betollah. haih.


Tiba yan ajak aku pergi mid dan aku perlu bersiap dengan kadar yang segera. Aku dah lah tengah semangat nak buat esaimen ni. Jarang jarang aku semangat camnih. Disebabkan kesemangatan aku nih, aku menolak pelawaan dia. Terkejut tak? Kalau korang nak tahu, aku jarang tolak pelawaan orang, sebab aku takut nanti orang tu sedih sebab dia beria ajak even ia memudaratkan aku pun kadang kadang aku tunaikan jugak. Baik tak aku. huahua.




jomla ajak kita jalan jalan. wuwuwuwuwu~




Lagipun, aku memang suka keluar jalan jalan sebab aku jarang keluar pergi mana mana. Lagi lagi kalau dekat rumah. Seyes! Kalau cuti je, aku tak gi mana mana pun tercongok je dekat rumah tu. Kalau nak carik aku, memang ada jela 24/7 dekat rumah tu. Tak buat taik mata, aku buat berak. HAHA. Sebab tu kalau orang ajak aku kuar jalan jalan aku eksaited. Sangat eksaited!


Bila dah dapat satu momentum, aku pun siapkan 1 esaimen aku. Gigih ni. gigih! Padahal perut kelaparan minta diisi. Sian kau perut. i menduakan u. Jap lagi la perut, jap lagi, i isi u. Esaimen i lagi penting tahu. Cari punya carik, sampai berpinar pinar mata nih. Then, aku rilex rilex kejap. Tak kejap! Lama. HAHA. Rasa macam dah lama aku buat keje. hihi.


Setelah beberapa jam aku tunggang terbalik atas kerusi ni, finally siap jugak 1 esaimen. Bagila award kat aku! Aku nak sangat! ;p Yela, aku kan selalu buat keje las minit. Keje yang lambat hantar ni aku gi siapkan dulu. Motip sangat kan.


Tinggal 1 esaimen lagi. dan 1 tutor yang perlu hantar hari isnin ni dan sepatutnya aku siapkan tutor tu dulu daripada esaimen yang lain. Doakan aku kawan kawan. Aku takut sangat bila malas menguasai diri.




Friday, January 14, 2011

My tumblr 9 - it's better being clueless




Aku ada teringat satu cerita ni tapi seyes aku lupa apa tajuk dia. Aku suka ayat dalam cite tu. Dia cakap, jangan sedih bila ada orang marah kita, sebab kita tahu dia tak sayang kita pun. Tak ada kena mengena pun dengan hidup kita. Don't get affected la, wat dun know je. Saje nak bagi kita sedih. Saje nak bagi kita down. Saje nak bikin kita hot je.heh. Tapi kadang kadang benda macam ni lah buat kita lagi semangat. kan?


Lepas ni, kalau ada orang marah ke, kutuk ke, mengumpat ke tak tentu pasal, buat je macam tak ada perasaan. Buat macam lost world of tambun je. Ada aku kesah. Kau sape? HAHA.


Tapi bila aku kena marah dengan mak aku, aku sedihla sebab aku tahu dia sayang aku. wuwuwuwu. sedih gwa camnih.







Kan kan? Betul tak? Sometimes better kita tak tahu daripada tahu. Makin banyak kita tahu, makin sakit hati. Seyes!


Aku nak letak tumblr ni banyak banyak sebab aku rasa lagu kat bawah ni bising. HAHA. Tiba tiba aku rasa macam menganggu. Aku pun gatal gi letak autoplay punya. heh. Nasib baik ni memang lagu feberet aku. Kalau tak awal awal lagi aku dah buang. 

Thursday, January 13, 2011

My tumblr 8 - everyday is getting tough

Makin hari makin mencabar. Nak kata setiap hari hujan pun ye jugak kot. HAHA.






waiting for
  ~someday~







Baru sekarang aku sedar apa makna kawan untuk gembira itu ramai dan kawan bila sedih itu memang sukar untuk di cari. i hope u always stay when i need you the most.



nanyte korang. mimpi indah indah, nanti bangun pagi, boleh sengih sengih.




Tuesday, January 11, 2011

My first rambutan soap ever

Gembira bukan kepalang hari ini. Finally, sabun rambutan aku berhasil.



  daripada macam ni



 jadi halus lumat macam ni



dapat minyak banyak ni pun dah gembira giler giler



and finally


  i got this



 this



happy ^_______^




Sabun tu tak transparent la. Aku nak try yang transparent punya. Baru comel. Doakan aku dapat buat eh sebab transparent punya a little bit susah sikit nak buat.


Ingatkan lab dah siap. Prof cakap blom lagi. Kena buat pencirian untuk sabun pulak. Harap harap tak lama. wuuuuuuuuuuuuuu~




Monday, January 10, 2011

There's always gonna be another mountain







Gratisan Musik




Tiba tiba aku rasa macam nak layan lagu nih. Eceli, lagu ni selalu bagi semangat kat aku. Setiap kali aku down, mesti lagu ni bagi semangat kat aku. Korang yang tengah down tu, meh la dengar lagu ni.


Miley cyrus -  The climb



I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa






Rasa bersalah




Aku rasa bersalah sangat sekarang nih! 
ARghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Rasa bersalahnya
Ya Allah, maafkan aku!



Aku tak ada niat pun!
Kadang kadang aku tak sangka apa yang aku buat tu salah.



SERIUS! tak boleh nak tidur sebab rasa bersalah sangat!

T_________T



Sunday, January 9, 2011

My tumblr 7 - hungry

Waaaaaaaaa.... lapaq kebuluq dah cheq ni. adeh! Manjang lapa... lapa lapa! giler tak! ntahla layan jelah. nape ntah. Korang rasa nape? Aku rasa jap jap lagi ABC kot sebab selalo memang camtu.



ni masa breakfast~


 lunch~


 dinner~



pehhh... lepas tu bagitahu 1 kampung, aku dah gemok! wah!



Color changing milk

Aku saje je nak kongsi dengan korang pasal video ni. Tengok eh! comel! Aku beria carik balik video ni sebab kena buat esaimen. adeh!








cantik giler! rasa macam nak try je buat! budak sekolah tadika je kot yang demo ni. Cikgu sekolah tadika kat luar sana yang tak tahu nak layan karenah budak nakal zaman sekarang, try la cara ni. Konfem balik rumah diorang amik susu, buat eksperimen. hihi


selamat mencuba ^^


Saturday, January 8, 2011

My tumblr 6 - Bored to death

bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn





lapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





My chocolate fair



Yelah.. yelahhh... aku kembalilah pada niat asal aku nak buat blog. Asyik asyik post macam ala ala tumblr je kan. Bukan banyak pun, baru 5 ketul kot. Bagila aku rasa macam blog aku ni macam tumblr sket. Lagipun, makin sikit pulak orang datang blog aku nih. Padan muka aku sapa suruh taknak promo blog. Orang lain kemain lagi promo dekat fb bagai. Ada aku kesah... lalalalalaalala~ More and more lagi aku akan post kalau aku malas nak taip. Sukahati aku lah. HAHA.


Sekarang kan ada chocolate fair dekat midvalley kan. Gi lah korang! gi la... gilaaaaaaa... HAHA. Aku tak kesah. Walaupun dalam hati kesah. Waaaaaaaa... rasa nak pergi sekarang jugak. tapi takpela, next time la gwa pergi sama itu fair fair. hihi


Korang hengat aku takdapat coklat. Aku pun ada. Hamik ni!



best woooo.. banyak lagi, tapi dah kena bedal masuk perut.



delicious



yang ni ada kacang



yang ni ada kismis



yummy~




thanks nana for this gift. i lebiu..;p





Weekend weekend macam ni, you ollsss jalan jalan, i buat esaimen. Wah! Tepuk tangan..;p




Friday, January 7, 2011

Wednesday, January 5, 2011

My Tumblr 2 - smile like nothing happen



This is really really real me!

My tumblr 1 - thanks!




Thanks a lot to all of you... ^^

Aku macam berminat la dengan tumblr



Eceli, aku nak buat blog ni macam ala ala tumblr. Kebanyakannya aku ambik atau cilok dari dari tumblr orang. Blog kan tak boleh nak reblog ni. Aku malas la nak buat tumblr, kang tak terlayan kang. Banyak lagi keje aku. Kalau aku malas nak tulis panjang panjang, aku ambik ayat ayat dari tumblr yang pendek dan simple, it'll show up the feeling bebeh!! Lagipun, ayat dia comel comel. Kadang kadang kena dengan batang hidung sendiri. Lepas ni jangan nak cakap aku cilok dari korang punya tumblr. Aku sekeh kang. Sharing is caring kan! ;p 
Enjoy MY BLOG TUMBLR ^^




Saturday, January 1, 2011

Terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan aku udara selama 22 tahun


Harini genap 22 tahun aku hidup di dunia. Banyak benda da aku buat dan banyak benda yang aku rasa aku nak buat. Dan aku harap Allah pinjamkan lagi udara untuk aku terus bernafas di muka bumi ini. Bila muhasabah diri, rasa macam banyak buat dosa, rasa macam dah leka dan kurang perhatian kepada Maha Pencipta. Moga hati dan iman tetap teguh serta berada pada jalanMu Ya Allah. i love Allah!







Korang mesti tak caya kan. Aku taw aku memang nampak muda remaja, macam belasan tahun. kan kan kan. Dan aku taknak menjadi dewasa rasa nak remaja selama lamanya. sebab orang cakap makin kita dewasa, makin banyak tanggungan dan makin banyak kena pikir. Dan bukan pikir pasal kita je tapi pikir pasal pasangan jugak. ceh! pasangan, skema giler ayat. heh



haaaaa... macam kanak kanak pun boleh la, sebab da gaduh terus kawan balik :)





 saya tak tua lagila. baru 22. ish!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...