Sunday, January 30, 2011

Aku ni pun peminat novel jugak, jangan tak tahu



Hai kawan kawan, aku tengah cuti sekarang. Perghhh... heaven giler siot!! Korang bayangkan lah. Sekarang kan musim hujan. Kekerapan aku untuk mandi tu memang kurang ahhh. Sejuk giler bai. Rasa macam bukan hujan yang turun tapi salji. Yela, dari pagi sampai ke malam hujan tak berhenti, syukur tak banjir je, kalau tak, takdapat la hapdate blog untuk tatapan korang semua. Aku kesian kang korang kempunan nak baca entry entry aku. hahahahhaaa


Disebabkan hujan rintik rintik air bergelora, emak bagi seposen, ayah bagi seposen ni, hati aku pun hujan jugak. Menangis hati aku ni weyh. Menangis! Meronta meronta untuk keluar ke rumah tapi disebabkan kedarjah demaman akan meningkat kalau aku keluar main hujan, aku redha jela. Aku baru je baik demam ni. Janganla buat hal dengan aku ye badan. Don't noti noti. hikhikhik


Oleh yang demikian, aku duduk jela dalam bilik, macam puteri raja musim hujan. Nak makan baru aku keluar bilik, nak berak baru aku keluar bilik. Korang nak tahu ke apa aku selalu buat dalam bilik, mana boleh bagitahu, aku bagitahu sikit sikit dah lah. Habis bocor rahsia cheq noh... hahahahahaa. 


Mengarut la aku ni, meh aku straight to the point jela. Kan senang! Tak payah main tarik tali bagai. Aku tak suka orang main tarik tali ni. Lagi lagi kalau nak cerita bab bab cinta ni, suka tol main tarik tali. Kalau kau lelaki sejati, move forward jela. (Marah ni, marah! Tak nampak ke aku tengah marah ni!! Cepatla pujuk balik!) Korang ni takot kemain, nak je aku sekeh laju laju. Luku pakai periuk ke. Kepit ibu jari pakai pengopek kelapa ke, boleh ke. Rasakan. HAHA


Laki zaman sekarang ni, takot betol nak confess, gwa takpaham bai. Takpaham!  Korang kaum lelaki ni pakat ambik pengajaran, mintak tunjuk ajar dari lelaki dulu dulu. Cane diorang boleh dapat isteri sampai empat. Gi berguru weyh. Pergi! (Btw, lelaki lelaki sume jangan la tiru diorang yang dulu bab kawen empat neh. Satu dah lah. Buas betol la korang neh. ish ish ish, gi mintak ilmu je!) Diorang tu ada ilmu yang korang tak ada, bukan ilmu hitam. Ilmu nak tackle perempuan la. Korang apa taw. hahahahhahaha. Ce lu orang story sket dengan gwa, apa masalah kaum lelaki ni. Kang aku bagi nasihat kat sini kang, sampai esok tak habis lagi aku menulis ni. haih.


Cerita aku ni memang betol menyimpang dari tajuk ni. Yela, aku straight ni haaaaa. Straigth! Cuti cuti macam ni, gwa layan novel je. Walaupun gwa ni rock tapi gwa ni jiwang jugak. Gwa memang minat novel ni sejak zaman tok kaduk lagi. Tapi kalau lu orang semua nak tahu, gwa tak pernah beli novel sendiri. Semua novel yang gwa baca semua pinjaman semata mata. Takpun akak aku yang selalu beli sebab dia pun memang giler novel. Tu je kot persamaan aku dengan dia.


Motip sangat aku nak beli novel mahal mahal kalau baca sekali je.  Baek aku beli nasik lemak 10 bungkus 20 bungkus, kenyang sikit perut aku neh. Setakat ni, aku takpernah baca novel yang sama dua kali. Sekali cukupla. Korang ingat sekejap ke nak habiskan satu novel tu. Penat pundi kencing aku ni nak tahan lama lama nak habiskan satu novel tu. Memang kacau line betol la, tengah tengah dok berkhayal tu, pundi kencing buat hal pulak. Tak ke hangin  tu.




Tengah fokus ni. Korang jangan tertipu plak, latar belakang tu tak gelap sebenarnya,  disebabkan kamera aku pasang flash, so, dia nampak macam gelap padahal terang benderang. Pandai kau main tarik tali dengan aku ye flash. ish!


Haaaaaaa... nampak buku yang aku pegang tu. Tulah novel yang aku baru khatam. Sehari je aku ambik masa nak khatam novel ni. Lepas subuh aku baru tidur tahu tak gara gara nak tahu ending dia. Tak sabar betul aku. Seyes aku cakap dengan korang, novel ni best giler. Best woooooo... Kalau bagi rate, aku kasi 5/5. "CINTA, kau dan aku" terbitan buku prima. Sebenarnya, buku ni, adik aku pinjam dari membe dia. Aku pun tumpang sekali la nak baca.


Aku malas la nak review pasal buku ni. Kalau aku dah cakap best tu best la, tak payah ragu ragu. Aku jamin!  Dah, pergi beli cepat! Aku paksa ni. Kat MPH tu banyak je.


Kalau korang nak tahu, aku tak minat sangat novel keluaran buku prima ni. Cerita dia biasa biasa je, aku selalu layan alaf 21. Tapi tu lah orang cakap, best best, popular, lama lama, jatuh gak kan. Takdelah aku nak cakap alaf 21 ni takbest langsung. Cuma kureng la.



apasal aku rasa gambar ni macam ambik dari enset 1.3megapixels. tsk.. tsk.. tsk..





Oklah aku ciao dulu. (Aku amik ayat dalam novel tu). Aku ada satu lagi novel yang perlu dikhatamkan. Kalau aku rajin, aku review la novel tu pulak. Kalaulah.




2 comments:

azuaNi kasiraN said...

dh berkurun ak katam novel neh weh!
bace ar andai itu takdir nye!
meleleh beb! hahah~

t-ha said...

hehe.. bes kan cite ni
mcm penah dgr tjuk tu
ak novel yg meleleh ni, lemah sket
b'jurai air mata ak kang.. HAHA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...