Monday, April 26, 2010

Kotak oh kotak!! Susah nak carik macam nak carik jongkong emas.


Tadi teman kak ira pergi carik katak... (i loike katak,, ngeeee~~)... kotak..  Merayap2 la satu bangi tadi carik kotak.

Kotak yang dicari ini berfungsi untuk menyimpan barang, perkakas, bekas, mangkuk, cawan, gelas dan sebagainya sebagai pembungkus untuk dimasukkan di dalam stor kerana kami perlu licinkan bilik tanpa sebarang sisa2 pepejal mahupun sisa2 kumbahan disebabkan cuti sem pown sudah bermula. Kolej kami tidak membenarkan pelajar2nya menyimpan barang di dalam bilik sebab ketakutan kecuakan ada manusia2 yang rasa dia malas nak keluar duit poket beli barang, last2 hamik barang orang. Dapat free. UNTUNG!


Iklan jap...

Aku ingat lagi masa first year dulu. Lepas balik dari kuliah setelah penat kerah otak, otak aku jadi penat balik sebab melilau pergi carik selipar jamban aku yang hilang kena curik dengan mamat bangla mana ntah. Adoila~ selipar jamban je pown, bape hengget la sangat. Takkan la sampai nak curik. Cantik sangat ke selipar jamban aku tu. Haisshhhhh. Terpaksala aku beli selipar jamban yang agak buruk supaya tahap kebarangkalian selipar jamban aku dicurik semakin berkurang.


Ok, sambung balik....

Oleh yang demikian kolej kami telah mengenakan bayaran yang sangat mahal untuk menyimpan barang di stor. Diulang lagi sekali, sangat mahal. 3 kotak barang yang disimpan berharga RM15. Kalau lebih kotak kena tambah duit lagi. heh. CEKIK DARAH NI WEYH... grrrrrrrrr... So, aku dengan wani telah mengambil inisiatif mengkongsi duit untuk tempah stor. Kami tidak peduli jikalau kotak kami terlebih dari tiga kerana kami sangat yakin yang teramat sangat orang kolej takkan masuk dalam stor tu nak check satu2 barang mana yang terlebih 3. Kami sangat bijak kan. Ok, tepuk tangan untuk kami...:p


Sudala tha... balik semula pada cerita kak ira nak carik kotak tadi. Yang atas tu pemanas punggung je. Bagi jari jemari ini laju sket taip kat keyboard ni. heh.


After exam PSM yang memang aku sebelum masuk pown suda muntah awal2 sebab aku memang tahu soalan akan banyak dan aku tak cukup masa nak jawab. So, aku memang suda bersedia awal2 la nak tulis laju2 tapi masa jawab tadi tiba blur sekejap dan masa terbuang. Adoi~

Malas nak cite PSM ni. Balik tu, makan banyak2 then kak ira ajak pergi bangi carik kotak sebab barang dia memang berkilo2 banyak sangat and aku rasa akan hamik masa yang lama untuk dikemas. Sabar ye kak ira, kemas sikit-sikit lama-lama jadi licin bilik kita...weeeeeeee~~

Merata jugakla carik kotak. Berapa kedai da explore tapi tak jumpa. Las2 jumpa satu kedai runcit Ah Chong mana ntah. Tapi yang ni kena bayar la. Kak ira da malas nak putar belit carik yang free tak dapat2, senang cite carik je yang berbayar tapi boleh dibeli oleh semua golongan masyarakat la termasuk aku yang kekeringan nih!!!



Tak dapat payung, kotak pown jadila eh sebab cuaca sekarang memang sangat PANAS dan hangat sampai ke hati usus perut semua ada la.




*Uwaaaaaaaaaaaaa.......... tiba tension balik sebab otak aku berselirat tengok mekanisme dalam biosintesis nih..

6 comments:

˙·٠•●♥ nana yg comeeeyyy ♥●•٠·˙ said...

laaaaaaaaaaaaa~~~

awat x beli kotak kt cafe KTHO je?

heh~

t-ha said...

mne den taw...
ak ikut je mne org bwk ak..huhu

˙·٠•●♥ nana yg comeeeyyy ♥●•٠·˙ said...

hahahaha...

sbb tu better tye, ngeeee~~~

t-ha said...

mne taw..
kak ira ajk on d spot..
ak pown on je..huhu

˙·٠•●♥ nana yg comeeeyyy ♥●•٠·˙ said...

heheheeeee....

sabau jela~~~

tp, asal stp kali nk post comment, kne verify dlu????????

leceh tol la

t-ha said...

dpt spam komen la...
mengarut je...
haishhh...
verify sng je kn,,,
xb'belit pown tulisan die...ngeee~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...