Monday, April 5, 2010

Cerita pak cik gembala biri-biri


Aku tak boleh tidur sekarang ni. Jam tidur aku da berubah sejak start study week (-_-") . Haishhh... Kena betulkan balik ni. Aku nak korang baca cerita kat bawah ni yang sampai boleh aku gelak sorang2 pagi2 buta ni. Aku hamik cerita ni pown kat group sekolah aku kat fb. Ada sorang membe aku post. LAWAKSSSSS.......


Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje…
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa…yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah…sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke…abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama…

Pemuda : @#$%^&**&^%$#...




* Kredit to capik sebab post cerita ni...^_^

4 comments:

anak abah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

babe..aku silent reader..
hahaha..niy paling aku suke setakat niy..

nk some more! :D

-aidan-

Anonymous said...

hahahhahaa....

poyo gel lawak biri2 ^_^

t-ha said...

aidan- huhu.. ad gak silent reader... ngeh2..
maceh2.. kalau ad lg ak post.


poyo sbb ak pown hamik kat org..:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...