Monday, April 12, 2010

Korang suka tak keluar awal sebelum exam habis?


Harini first day exam. Kenebesan dia tak payah cakap la. Muka masing2 memang da macam kueh yang lembik2 nak basi je sebab semua perasaan ada. 

Membe aku semua tengok aku pelik harini sebabnya i wear baju kurung you ol!!! Weyh korang, macam tak pernah tengok aku pakai baju kurung. Aku taw la aku memang liat nak gosok baju. Penat wooo gosok baju sebab aku ni jenis gosok baju biar lendik2. Korang paham ke? Maksudnya, bia satu kedut pown tak ada. Kadang2 lepas aku gantung, tengok ada kedut, aku bukak iron gosok balik, even di saat2 akhir nak pakai kalau ada kedut pown aku gosok taw. heh! Sebab tu la kalau lepas gosok baju aku rasa penat giler rasa cam nak makan lagi sekali walaupun da makan.



 muka gewdiks lepas abis 1 paper..:p



Owh, panjang suda mukadimah ini ye kawan2.

Berbalik kepada tajuk dan tujuan sebenar entry ini dibuat. Masa tengah jawab exam sambil berkhayal2 dalam dewan tadi kan, aku terpikir. Asal korang ni suka keluar awal eh? even masa exam tak habis lagi. Eceli, aku tak suka kot. Korang suka ke?


Aku bagi situasi ni kat korang.

SITUASI  1

Cuba korang bayangkanla, korang keluar awal, then masa tengah riak dan bangga keluar awal tu, tiba2 korang terpikir,

"rasa2nya aku tak tulis no matrik kat kertas jawapan tu"   

tak pun.

"Aku rasa macam ada soalan yang aku tertinggal nak jawab" OHHH TIDAKKKKK!!!


So, apa korang nak wat time ni? Nak berlari2 masuk balik dewan exam tu ke? Korang rasa pengawas exam tu nak kasi tak korang masuk? Konfem tak bagi. Nampaknya, kena mintak simpati lecturer tengok balik kertas soalan korang tu da tulis nama ke belum sambil buat muka paling menggoda supaya lecturer ada setitis rasa kasihan kat korang nak tolong. 

Tak pown terpaksa jela burn soalan yang korang memang tak jawab tu? Yang lagi azabnya kalau soalan yang korang tak jawab tu, ada berpuluh2  markah. Waaaaaaaaaaaa... nanges laju2 la camtu....tsk..tsk.. Nak gi buat balik memang tak boleyla. Siapa suruh korang keluar awal sangat!!


SITUASI 2

Lagi satu pendapat aku, kalau orang keluar awal sebab dia memang bijak pandai yang otak cepat je curahkan jawapan masa nak jawab tu. Ini memang aku tabik la. Nak berguru!!!!! Heeeee~~


SITUASI 3

Situation lain plak. Aku ada tanya membe aku ni,  Bedah (bukan nama sebenar)...


"Eh, Bedah, mantap la ko. Awal giler ko keluar. Susah kot soalan. Ko ni belajar ke scan?"

"HAHAHAAHAHA.. (gelak dulu ni). Giler ko! Sebab aku tak dapat jawabla aku keluar. Daripada aku biar otak aku peram lama2 dalam dewan tu, better aku blah dulu. Da memang aku tak dapat jawab. Tunggu apa lagi, keluar la"


Memang betul jugak hape dia cakap tu, sebab otak da tepu sangat kan. Daripada serabut kepala lebih baik keluar. Duduk lama2 dalam dewan lagi sakit hati kot tengok orang laju2 tulis jawapan ni. Kita? Perlahan2, angkat punggung hantar kertas jawapan walaupun muka rasa cam da jawab semua.


SITUASI 4

Tapi kan aku rasa kan, apa salahnya, duduk sekejap dalam dewan tu, tenang2kan fikiran, renung2 masa depan, masa belakang mana taw tiba2 teringat apa korang dapat masa lecture. Then, idea nak jawab tu da dapat. BINGGO! Haaaaaaaaaa... itu kan lagi bagus, walaupun orang lain tulis dengan tekun bukan main lagi. Betulkah jawapan mereka itu? Ngeeeee~~~


SITUASI 5

Bila memang patut pown korang keluar awal. Takkanla korang nak tunggu dalam dewan tu sampai habis masa even ko dapat jawab dengan bangga nih. Kawan2 ko pown berpusu2 keluar jugak sebab soalan memang senang sampai tutup mata pun boley jawab. Kalau dalam situasi ni, better korang keluar la daripada lecturer korang pikir, budak ni study ke stado time belajar ni sebab memang soalan memang cam kacang goreng pedas la.


Tipula, kalau aku cakap aku tak pernah keluar periksa awal, memang pernah pown tapi kan perasaan keluar periksa awal dengan keluar periksa masa tepat pada waktu hentinya lain beb. MEMANG LAIN! Kalau keluar awal, mesti macam rasa jeles. Eh, kawan aku mesti sempat2 tuka jawapan balik. Adoi~ rugi plak tak semak or mesti rasa hati tak tenang.

Kalau keluar on time, mesti rasa lega sebab setakat itu sahaja kemampuan kita nak jawab. So, tawakal jela lepas tu. Lagi satu, besh kot, tengok muka membe masa da habis exam, Ada yang masam mencuka, ada yang happy giler, ada yang tak ada perasaan. Tapi seriously memang lega bila exam da habis even baru satu paper.



*Habis satu paper macam rasa baru habis berpuluh2 paper. Chayokkk untuk paper seterusnya!! :)

2 comments:

wunny said...

teha kentut..
xbest tol bace ko nye blog..
hak3...
tp bley la,kene perbaiki lagi tatabahasa melayu anda itu supaya saya lebey paham..(>_<)
tp njoy..!teruskan mencoret..~
misti sonok kan sbb aku dh jadi follower ko..??
hak3..=p

t-ha said...

perggghhhh, 1st time komen da mengutuk ak!!!

den memang suko merosakkan b.melayu. kah3.

aku KONFEM ko seronok berganda2 jadi follower aku..:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...