Saturday, April 10, 2010

Lebih baik jadi ayam daripada jadi burung hantu


Pandai gak aku cipta peribahasa sendiri. Hik3. Maksudnya kat sini, lagi baikla korang bangun pagi awal2 buta daripada korang berjaga tengah2 malam buta. Ayam kan selalu bangun pagi, berkokok-kokok  nak test suara masuk AF tapi pitching pown lari, sengaja nak mengganggu orang yang tengah dibuai mimpi indah. Burung hantu jaga malam carik mangsa siapa yang tiru cam dia. eh tak tak,  tu life dia kan memang carik makanan pada waktu malam.

Eceli, aku selalu je jadi burung hantu ni, memang sejak dari zaman sekolah lagi. Jaga malam2 sebab nak siapkan kerja sekolah sebab petang2 aku ngada2 gi keluar carik member kumpul ramai2 ajak main baling selipar, baling tin, rondes, main getah. Ok! aku sangat hebat dulu main getah, tinggi mana pown aku boley lompat. Riak disitu. Sekarang tak boleyla lemak da banyak berkumpul di badan. Sudah malas melompat sini sana, kalau lompat katak pown suda penat.

Kalau dekat U pulak, jaga malam2 buta sebab memang petang2 bukan main2 eh, tapi sebab petang baru abis kelas kot, kadang2 tu maghrib baru habis. Da la kena berebut2 masuk dalam bas macam kambing, dalam bas pulak macam ikan sardin campur bau korang punya peluh macam ikan masin.. heh

OPKOS! Balik mesti terbungkang dulu. Penat maaaaaa.. Sehari suntuk kejar sana sini masuk kelas. Larat ke otak korang nak adapt kalau tak tidur dulu?? Alien apa korang nih!! Start malam2 la baru rasa nak wat esaimen semua. Esaimen bukan setakat satu tapi banyak sebab tangguh. Heee~~~ Da bese da. Sejak zaman sekolah lagi. Ishh... semua zaman sekolah la ko ni tha. Betul apa, dari sekolah la segala2nya bermula.

Sejak akhir2 ni, aku da start bangun pagi2 sebab rasa lebih segar daripada biasa.  Hot fm, Lebih hangat daripada biasa. *TIBA. Saat tingkap bilik dibuka, udara yang sepoi2 bahasa masuk dalam bilik, tambah pulak kalau ada milo panas atas meja. Lagi pulak kalau dapat nasi lomak satu bungkus. Orang cakap, kalau makan nasi lomak, mesti nak tidur lepas tu. Aku tak pun. BETULL!! TAK TIPU! Tak ngantuk pun. Kalau mind set korang cakap ngantuk memangla korang rasa nak tidur.

Waktu pagi macam ni otak korang mesti fresh gilos. Segar dari ladang! Nak ingat notes pown senang. Kalau malam, otak korang da penat sangat korang lagi nak bagi dia penat. Sangat kejam kepada otak anda! Yela, dia da bekerja untuk siang tu, malam kita patut bagi dia rehat sebab tu kalau korang bangun pagi esoknya mesti selalu menguap sebab otak kurang oksigen. Aku selalu je camnih. heh.. Patutla biol je time dalam kuliah. Mindaku tempat lain memikirkan siapakah bakal datang meminang. PULAK!.

Lagi satu aku suka tengok masa pagi2, masa bukak daun tingkap tu, tengok pokok2 yang menghijau dan tumbuh dengan gagahnya dengan diselaputi kabus2. Dari kejauhan nampak tenang sahaja mata ini memandang. Baru feel nak study beb! Malam2 korang nampak ke? Aku rasa nampak benda lain ada la. Yang lagi aktif malam2 pakai baju putih, rambut panjang kembang2. Urat2 semua keluar. Ada yang muka ada, ada yang muka tarak, ada yang bungkus, ada yang nampak free, ada yang hijau boolat, ada yang hitam logam minyak2... haaaa... takut... takut.. FUHH!!! AKU MEMANG TAKUT. Menaip ni pown pandang kiri kanan dulu. Nasib baik siang! LEGA! Nak study malam2 pown ketakutan kalau macam nih -_-".

Tambahan lagi, [kata hubung disitu, sebab kalau sekolah kat dulu, (sekolah lagi...@#$%^&) cikgu BM mesti suruh kitorang guna kata hubung kalau nak bagi karangan korang secukup rasa cam ala2 maggi cukup rasa. Cikgu pown tak rasa nak baling kertas korang awal2.. HEH!]. Korang mesti macam terlebih rajin sedikit.



Tengok hape aku da buat. Amik pen kaler2 wat note comel2 camnih, boley tampal kat dinding. Tapi baca ka?? Tepuk dada tanya mata, nak toleh baca ke? HAHA.




Lagipun, orang tua2 pown ada cakap, memang tak elok tidur lepas subuh, nanti bangun matahari da terpacak atas kepala ko. TAK BAIK! Sebenarnya aku selalu buat. Memang syiokkkk!!! Tapi sebenarnya yang lagi syiokkk kalau korang tidur sekejap time tengah hari, bangun mesti segar bugar berbanding bangun tengah hari. KONFEM! Korang mesti rasa agak ting tong disitu. Jari yang dua boleh nampak sepuluh, jalan yang sehala boley jadi bercabang2. Pintu tandas yang satu boley jadi banyak. OK, gosok mata dulu, baru pilih pintu mana kalau tak mesti suda langgar dinding! haishhh.

Kesimpulannya, lagi bagusla jadi ayam... Lagi kiut dari burung hantu. AHAKS!~


*Sekarang ni tengah hujan weyh. Buat aku rasa nak tido. GODAAN... GODAAN..

2 comments:

~m@kiq@~ said...

memandangkan ak ni ada masa....
dan melihatkan ko nyer blog yang agak sedikit komennya ...
jadi ak rs agak bertanggungjawab la nk kome bg Mememriahkan blog ko nie...
huhuhu jngn mara ..ikhlas nie...
agak poning lalat la ak membaca post kali nie....
sekilo pnjaangnya di tambah ngan peribahasa yg rsnya sepanjang ak idup pon x penah dengar....
pape hal ak trhibur la sket bc blog ko nie....

akhir kte...
~~~~~~GOOD LUCK IN U'R EXAM~~~~~~~

t-ha said...

siot ko tqa!!!!
lps ni ko kne slalo komen kat blog ak ni...
smua org mls nk komen..haishh..

hehehe...tq2!! i know u loike all my post..ngeh3...

ko pown gd luck exm!!!
gambatte kudasai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...