Tuesday, June 8, 2010

Aku suka tengok majalah 3 *masa dulu-dulu



Korang suka tak tengok majalah 3? Aku suka!!! tapi itu semua dulu. Setiap kali majalah 3 nak start mesti awal2 aku sudah terpacak depan TV. Mesti ternanti-nanti benda apa diorang nak kupas, lepas tu boleh makan. *tiba.. 


Petang tadi, aku tengah bosan2, aku rasa nak mengklik tv3 online. Lama giler babun aku tak bukak tv3 online sampai bila nak log in tengok cerita, aku sudah lupa password. heh.. Terpaksa aku mintak jasa baik Yahoo Mail hantar kat aku password baru.


Aku malas nak bukak sebab nak tunggu cerita loading, mahu aku makan nasik sampai hadam terberak-berak pown belum tentu siap loading..=_=".. Aku salute laaa dekat kawan2 aku sanggup tunggu nak loading cerita lagi2 cerita Adamaya korang tu. Nasib baik aku tak layan adamaya. HAHA. Aku taw cerita ni pown daripada kawan2 yang sibuk cerita, sekaligus aku yang tak tengok ni pown sudah tahu macam mana jalan cerita dia..;p


Eh, bukan aku nak cerita pasal majalah 3 ke? Ish3.. bila idea mengarut aku sudah sampai macam ni lahhh.. Semua benda terpesong. heh.


Majalah 3 adalah salah satu rancangan feberet aku..*dulu. Sekarang ni suam suam kuku. Ke beku terus?? hihi.. Kadang-kadang rasa topik dia sudah tak menarik minat aku tapi disebabkan aku rasa macam nak tengok jugak tadi, sooo aku klik terus, laju kau dia jalan sebabnya aku tak payah nak rebut2 line internet dengan kawan2.


Mereka semua tiada di bilik kerana pergi ke kelas. Tambahan lagi mereka ada mid test tadi yang akhirnya tak jadi mid test. Ish3. Cian korang! Bertungkus lumus study sampai pergi kedai makan pown bawak note tahu tak!!



 Nurul Syuhada
Sekarang ni, dia jadi pengacara, bagi aku dia mengacara biasa je. Aku suka tengok lesung pipit dia je..;p  Aku suka masa time noorazlina redzuan dulu. Tak pown azizah ariffin yang comel pakai tudung tu


 Korang tengok la majalah 3 ni. Aku tahu, korang pown da tak layan da. Aku ni, ada la jugak inisiatif nak tengok...;p




 SELAMAT MENONTON...^_^



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...