Saturday, June 12, 2010

Korang semua cerita pasal piala dunia 2010. Aku pown nak cerita jugak



Sekarang ini semua orang tengah giler dengan world cup 2010. Korang ingat aku tak layan bola ke haaa? Aku pown layan tahu tak. Ini semua gara-gara adik2 aku yang giler bola sampai aku pown sanggup tak tidur  malam nak tengok bola. Dulu, ayah beli astro, tak ada channel bola nih tapi disebabkan ayah aku termakan dengan pujuk rayu adik aku, sooo, dapatla channel supersport nih. Hoyehhh!! Aku pown nak jugak sebenarnya..;p


Kau orang tahu tak bila channel ni wujud je kat rumah aku, adegan merebut remote control pown berlaku. Adeh!! Aku nak layan KBS world, adik2 aku nak tengok bola. Well, mesti yang muda kena hormat yang tua, so akulah yang berkuasa. HAHA. Besh jadi yang anak-anak tua ni. Sila hormat kakak2 anda ye. Kalau tak siapa yang nak masak nasik kalau perut korang lapar.


Tapi kali ini tak hape sebabnya, kakakmu ini pon giler bola jugak, sooo remote control tidak akan disentuh oleh sesiapa pown sebab semua telah mengambil kata sepakat. hihi.


Kadang-kadang, adik aku sanggup ni beli jersey semata-mata sebab minat dengan team tu. Sampai pakai dalam rumah sambil nak tengok bola. Comel tak adik aku? Comel tak? Tengoklah siapa kakak dia kan. HAHA.






Kalau korang nak tengok schedule, klik kat  LINK NI, SCHEDULE WORLD CUP 2010. Baik tak aku siap bagi link lagi, macam lah korang tak reti carik sendiri. Ish3.


Malam ni sudah start match. Aku nak tengok macam mana? Rasa macam nak hamik je kuali kat kafe tu buat piring astro, letak dekat bilik. KAH3


Ada 32 negara yang bertanding. Mana yang akan menang? Banyak orang buat andaian negara mana yang menang world cup. Status dekat fb bersepah2 pasal world cup. Gaduhla korang kat fb tu. heh. Kalau aku.. siapa yang menang nanti, tu la yang aku sokong. wakakakaakaka.



*Tengah2 buat esaimen tadi, tiba2 laptop hang, aku pulak TAK SAVE KERJA AKU. Korang rasa patut tak aku hantuk kepala kat dinding, apa pasal tak save awal2. Nasib baik boleh restore balik laman web. Nak gugur jantung den tadi. =_="



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...