Thursday, June 3, 2010

Kadang-kadang aku tak paham dengan segelintir golongan manusia


Rasa gembira sedikit hari ini tetapi masih hati rasa terbakar! Harini dapat keluar dengan rumet, kak ira. Dia ajak pergi Universiti Malaya (UM) nak amik X-ray adik dia sebab nak fly oversea. Tahniah! 


Tapi, malangnya, aku pulak rasa geram dengan pengurusan dekat  PASUM tu. Mintak x-ray tapi kena cari sendiri x-ray tu. Asal tak susun secara sistematik, elok2 ikut nombor matrik. Ini tak, bersepah2.. heh. Aku tengok kak ira macam suda jadi incredible hulk sebab penat nak carik...ish3. Inilah golongan manusia aku tak paham. Takkanlah tak ada satu umat pown yang ada inisiatif mahu susun.


Then, ada satu golongan manusia, bila sudah bagi kata putus tapi tak bagi reason. Asal kau ni?? Giler apa!! Takkan kau buat keputusan membabi buta tanpa bagitahu satu alasan yang kukuh. Sebelah pihak rasa bagai nak giler aku tengok. Nasib baik ada hati yang tabah.


Ini golongan manusia yang aku sangat benci sejak akhir2 ini. Bila seseorang sudah buat satu keputusan dia tidak pernah ada rasa hendak bertanya. Kau ni ego tahu tak!! Kau ego, aku 10 juta lemon lemon kali lagi ego. Kau ingat aku boleh tunduk dengan kau!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...