Tuesday, June 15, 2010

Mana korang nak? Gaduh dengan kawan atau gaduh dengan boyfriend kau orang lah bukan aku





Aku lagi rela bergaduh or bertegang urat dengan boyfriend (macam mana gaduh dengan bf? ajar sikit) daripada gaduh dengan kawan-kawan. Lain rasanya bila gaduh dengan kawan. Kita kenal kawan kita lagi lama dari bf kan? Betul tak? Kalau korang kenal bf korang dari zaman menyusu lagi tu lainlah.



Tak comellah camnih  >.<



Bohonglah kalau aku cakap ada yang tak pernah bertegang urat, bermasam muka dengan teman sendiri. Sedangkan lidah lagi tergigit kan. Well, aku tak tahu macam mana gaduh dengan bf ni, tapi melalui mata aku yang comel ni lah, memang seksa aku tengok, menangis tersedu sedan,  pipi nampak macam pakai blusher, nak blusher free, nangis la banyak2, merah hidung2 sampai keluar air hidung pun tak nak lap. 


Tapi, after 2 or 3 days ataupun korang memang tak boleh tahan sangat, kadang-kadang 2 or 3 hours sudah baik kan, alahhh, tak pown paling lama seminggu laaaa, tu pun sebenarnya saja tahan2 jual mahal masing2, last2 kau orang merana. Pujukla bai.


Aku tahu kadang2 aku ni bukan kawan yang baik tapi bila aku salah, tegur aku please! Sometimes, kita tak sedar kita sedang lakukan kesilapan. Aku ni manusia biasa sahaja, not perfect enough. Kawan2 pun kena saling melengkapi kan? Bila kita tak mahir dalam sesuatu perkara, kawan kita akan cover dan macam tu lah sebaliknya. Kan? kan? Sila setuju!


Aku tak suka kau bila bergaduh dengan kawan sendiri. Rasa diri ini loser.



Jom kita kawan jom...^_^



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...