Saturday, May 8, 2010

Jenis2 kawan yang pernah aku jumpa


Da berpuluh tahun aku hidup (eh.. cam da tua sangat pulak.. puluh lebih satu je...;p) di atas muka bumi yang aman damai, langit membiru, hujan selalu membasahi badanku tatkala lepas balik kuliah sebab tertinggal payung stripes aku yang comel baru beli tuh, macam2 kawan or manusia aku jumpa. Yang aku tengok dengan kaca mata aku sendiri sampai aku rasa cermin mata ini perlu ditukar sebab da nazak sangat kerana jarang membelainya pabila lens sahaja yang menjadi peneman mata untuk melihat dunia dengan lebih jelas dan kelasssss gitu.. Giler merepek da... heh

Jom check it out jenis2 kawan yang aku nak cerita ni supaya korang lebih menghargai kawan2 korang tu.


1. Kawan baik hati aka yang paling special lah
Waaaaaaaaaaaaaa... aku sangat suka kawan yang macam ni. Korang suka tak? Korang ada tak kawan macam nih? Aku percaya kalau ada je kat luar sana yang tak ada kawan macam nih, sebab korang sendiri memang jenis yang tak baik dan suka dengki mendengki. Kawan yang macam akan selalu ada setiap kali dalam kesusahan. Selalu ada kalau hati tengah bersedih, supaya mereka akan laju2 datang pujuk dengan ayat yang paling manis sekali. Kawan yang macam ni akan bagi korang makanan tatkala perut tengah lapar sampai berbunyi mintak tolong suruh isi..heh.



Aku sayang koranglah


2. Kawan makan kawan
Sedap sangat ke makan kawan nih!! Baik makan nasik lemak.. Kenyang sket perut den. Ni jenis kawan yang aku paling benci korang tahu tak. Dah la dia kawan ko, selalu bersama2 pergi mana2 cam belangkas sampai orang pown ingat, "eh, budak ni les ke gay hape???" ish3. Tak baikla korang, kalau korang sudah anggap dia kawan korang, kenapa mesti nak tikam dia dari belakang. Sepatutnya korang support kawan korang tu, bukannya downkan dia.


3. Kawan sejak dari hingusan lagi
Korang ada? Korang ada? Kontek lagi tak dengan diorang ni semua? Kawan macam ni, memang da tahu sangat perangai korang ni macam mana, sebabnya dia kenal ko sejak dari ko muka hitam selebet, rambut panjang tak sikat tahu tak.So, susahla nak sembunyikan apa2, tapi disebabkan kadang2 jarang aku berjumpa, so.. kalo nak sembunyikan apa2 pown senang..;p


4. Kawan hanya sekadar untuk bergosip
Kawan yang macam ni banyak je,  ko borak2 dengan dia sebab nak kutuk2 kawan2 ko yang lain. Memang sedap la sampai sehari suntuk pown tak habis. Tak luak pown kat dia kalau korang kutuk, ko yang rugi, dia dapat pahala berganda2. Better cakap depan2, bolehlah kawan korang tu betulkan kesilapan dia kalau ada yang salah.


5. Kawan yang hye2 bye2
Cano tuh, ni kawan yang korang jumpa tepi jalan kalau nak gi kuliah ke hape ke, tiba2 nampak dia tengah jalan, lepas korang buat muka senyum paling manis, hye dengan dia then, bye dengan dia pulak. "hye, nak gi mana? kelas.. ok..bye!! Itu kalau yang bertegur la, kalau yang malas sangat hanya sekadar senyum2 taik hidung masin je. Tu kiranya tanda ko ingat jugak la muka dia walaupun jarang bercakap ke hape.


6. Kawan yang ambil kesempatan
Kawan jenis macam ni, dia hanya nak berkawan dengan korang sebabnya nak ambil duit korang je. Tak pown nak meniru time nak buat esaimen. Kalau lagi dashyat, dia suruh korang buatkan esaimen. Adeh! Takkanla korang tak sedar yang dia tu, sebenarnya nak duit korang je. Tak sedar sebenarnya dia hanya nak gunakan kepandaian korang. Time susah carik korang, time senang, dia tinggalkan korang macam kerang busuk. Korang tak ada kawan lain ke? Banyak lagi manusia kat muka bumi ni. Time susah, poket kosong tak ada duit baru terhegeh2 nak carik korang, kalau tak, huh!!! Tengok muka pown tak hingin bai.


7. Kawan yang pilih kawan
Yang ni ada dua kategori

    * Korang pilih kawan sebab nak carik yang hanya setaraf dengan korang je, yang hanya pakai pakaian yang berjenama, kasut berjenama, tak makan ni kedai mamak, tak ada kelas beb!! Panas la, hot la sebab tak ada air cond. Da kawen nanti dapat suami suka makan kedai mamak, baru korang taw langit tinggi rendah, kepanasan la korang kat sini tengok mamak yang 'ensem' tu baling2 roti canai, mana taw kan, ada niat pulak nak belajar buat roti canai. Untung suami ko!!!! Wakakakaaaka.

    * Korang pilih kawan sebab hanya nak carik yang sekepala dan yang baik2 je, bukan nak cakap baik sampai pijak semut pown tak mati tapi, kawan yang akan bimbing korang, akan tegur korang kalau tiba2 buat salah ke macam makan makanan orang lain tanpa cakap dulu ke..ish3.


8. Kawan jarak jauh
Kawan macam ni banyak je aku jumpa. Korang kenal2 dalam alam maya, chatting or melalui social network tapi bukan korang kenal pown. Muka pown tak pernah tengok. Ntah muka artis korea mana la dia bagi kat korang tu,,... haishhhhh... Padahal realitinya kawan korang tu pakai baju selebet giler, gigi tak gosok, kuning legap pulak tu, jerawat berkilo2 dekat muka. Tunggu nak meletus je. Tapi.. tapi.. ada je aku tengok yang kenal sampai sudah suka sama suka, akhirnya sampai da kawen. Bak kata orang dari mata turun ke hati, first time jumpa terus terpikat. Mantapla!! Kalau sudah jodoh tak ke mana kan...:)


9. Kawan sebab populariti
Korang berkawan sebab membe korang tu fofular amongs the other kawan2 korang yang lain. Masalahnya, popular sangat ke kawan korang tu sampai beria nak kawan dengan dia. Berkawan tu biar ada niat yang ikhlas, bukan hanya sekadar hendak ambil kesempatan disebabkan populariti dia. Selalunya, orang nak tumpang populariti sebab nak dapat perhatian. Asal korang sendiri tak mempopularkan diri korang sendiri daripada bergantung pada orang lain. Lebih baik korang sendiri cipta kepopularitian sendiri dan berkawan dengan semua orang tak kira darjat. Itu baru ikhlas berkawan namanya.


10. Kawan yang 'on' 'off'', 'on' 'off''
Ni lagi satu cara orang berkawan, disebabkan korang selalu bergaduh, so persahabatan korang terumbang ambing macam lampu kalimantang yang kelip2 nak padam tu.. heh. Memang betul kalau dalam sesuatu persahabatan tu, mesti ada kadang2 korang akan berselisih pendapat. Tapi janganlah lama2 sangat korang nak marah tu, kawan korang tu manusia jugak, every human being akan lakukan kesilapan, tak ada yang perfect. Kalau bergaduh tu, berbaiklah semula. Korang tak sayang ke persahabatan yang korang bina bertahun2 tu. Memaafkan orang tu satu kerja mulia tahu!!!


11. Kawan ke tak ni???
Kawan macam ni lagila aku geram. Hampeh je!! Korang berkawan, keluar sama2 makan sama2 shopping sama2. Tiba2 esok selisih, kawan korang tu buat muka bodoh cam tak kenal korang. heh. Apa punya kawanla camnih!! Ko ni suka tuka2 membe apa? Arini dengan orang lain sok dengan orang lain. Boleh jalanlah!!! Goodbye!




Haaaaaaaaaaa... pilih.. pilih... korang kawan jenis macam mana. Nak bagi korang muhasabah diri sikit, to be a better friends and untuk aku jugak supaya menjadi sahabat yang baik...;p. We just only human, banyak lakukan kesilapan, kesilapan yang kita buat, akan jadikan kita lebih matang. Biasalah tu, gaduh2 masa berkawan, bersahabat, berteman. Takkan semuanya manis je kan. Tak beshla. Tapi kalau suda bergaduh tu, cepat2la leraikan jangan sampai meleret2 sampai kau jaja2 keburukan kawan2 ko.


*Selamat menjadi kawan yang baik...wink2

5 comments:

nayziroon said...

wah!! aq t'gplpng dlm kwn baik la.wink2!! suke hati!! ktrg pn syg ko gak.oit2..ble blik cni? aq dh rindu.heh.(jeles pdhal ko cuti lame sgt)

wunny said...

huk3...yey!!!aku tgolong dlm kwn yg bek....aku mmg taw aku bek....pjg sgt ah entri ko kali ni...byk eyh upenye kwn ko...

t-ha said...

yan-hihi...ak da blk ni haaa... siap bg ko laksa... home made lg... ngeee~~

wani- 2 semua dr pndgn mata aku nih..xde kne mngena dgn yg idup ataupun yg mati...heh

nuRuL atiFah moKhtaR said...

ehe, aku kawan mkn kawan kn.hahaha....
haaa sat g aku nk mkn ko...mkn nasi lemak x ajak... :p

t-ha said...

Hahahhahaahhaaa...
akhirnya...aku jmpe jgk kwn ak yg mkn kwn...;p

alah atip.. ajk mkn xnk.. jual mhl..heh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...